Siakap Keli
Ali XPDC
Kredit gambar: Utusan

Ali XPDC ‘Ditidurkan’ Sementara

Vokalis kumpulan XPDC, Ali telah ditidurkan buat sementara waktu oleh pihak hospital pada petang tadi akibat sesak nafas.

Laman Facebook rasmi XPDC memaklumkan, pada asalnya keadaan penyanyi itu semakin sihat buat masa ini walaupun bahagian tubuh tertentu masih lemah.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 petang hari ni. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.

“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ (beliau) sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau,” maklum XPDC dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun XDPC turut menjelaskan, walaupun ditempatkan dalam wad saringan COVID-19, namun vokalis mereka itu tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Ali tidak dijangkiti COVID-19 cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan COVID-19. Apa pun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali bin Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” maklum kumpulan itu lagi.

Penyanyi terkenal pada era 90-an

Untuk makluman, Ali XPDC merupakan seorang penyanyi terkenal pada era 90-an yang sering mendapat perhatian peminat setiap kali menyampaikan persembahan.

Lahir pada 23 Oktober 1968 di Klang, penyanyi lagenda tanah air ini juga merupakan salah seorang penyanyi rock terkenal di tanah air yang turut merancakkan industri seni pada ketika itu.

Mula menceburi bidang muzik pada 1990 sebagai penyanyi, Mohd Ali bergerak bersama kumpulan Terra Rossa yang banyak menyumbangkan lagu-lagu dan salah satu lagu yang menjadi nyanyian sehingga kini adalah Bunga Angkasa.

Ali kemudian mengundurkan diri dari XPDC pada penghujung 2005 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Imbas kembali, Ali terdahulu pernah dimasukkan ke hospital pada 5 Januari tahun lalu akibat sesak nafas dan komplikasi jantung serta penyakit darah tinggi.

Sumber: Facebook Official XPDC

Faiz Mustafa