Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Korban Ketiga Tanah Runtuh Taman Bukit Permai Berjaya Di Bawa Keluar

Edayu
korban ketiga tanah runtuh

Korban ketiga tanah runtuh di Taman Bukit Permai dibawa keluar dengan trak polis kira-kira 12.52 tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan polis, korban ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian ini tiba di Hospital Ampang kira-kira jam 1.16 pagi.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mencari mangsa lain akan diteruskan sehingga pagi esok memandangkan cuaca baik serta tiada pergerakan tanah.

“Sekiranya berlaku hujan nanti, kita akan hentikan operasi,” katanya.

Menurut laporan ringkas Bernama, difahamkan jengkaut digunakan untuk mencari korban ketiga tanah runtuh yang tertimbus dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan ini.

Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar korban pertama dan kedua runtuhan tanah itu.

Sumber: Bernama