Siakap Keli

Keputusan TIDAK RASMI PRN Johor: Maszlee Malik Kalah Di DUN Layang-Layang

Keputusan tidak rasmi pengiraan undi setakat ini menunjukkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.

Memetik daripada laporan Astro Awani, selepas 50 saluran dikira, Maszlee memperolehi 4,756 undi berbanding calon Barisan Nasional daripada UMNO, Abd Mutalip Abd Rahim yang mendapat 7,772 undi.

Dalam pada masa yang sama, calon daripada Perikatan Nasional, Alagathiran Krishnan mendapat 1,297 undi dan calon Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hilang pertaruhan dengan hanya mendapat 174 undi.

 

 

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang