Siakap Keli
Gambar : Instagram justice_for_tangmonida

Peminat Tangmo Berhimpun Depan Ibu Pejabat Polis Bangkok, Desak Siasatan Lebih Telus

Sekumpulan peminat pelakon Thai “Tangmo” dilaporkan berhimpun hari ini di hadapan ibu pejabat Polis Diraja Thai, Bangkok.

Perhimpunan itu bermula pada pukul 10 pagi (Sabtu) di ibu pejabat polis di Jalan Rama I.

Hal ini dikatakan demikian kerana peminat fanatiknya mendakwa siasatan yang dijalankan tidak telus.

Berdasarkan laporan, doktor forensik yang memeriksa mayat mendiang menafikan ‘tanda’ pukul di bahagian kepalanya dan seorang lagi sukarelawan yayasan penyelamat menceritakan kisah berbeza.

“Mata kanannya bengkak dan lebam. Saya nampak giginya patah.”

Menurut sukarelawan tersbeut, dia tidak mendedahkan perkara ini kerana berfikir proses bedah siasat akan mengesahkan hasilnya.

Sebaliknya, doktor forensik terkini mendakwa Tangmo tidak mempunyai sebarang kecederaan atau tanda trauma daripada onjek keras.

Leftenan Jeneral Polis berkata kes itu belum selesai dan polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada Universiti Mahidol dan Institut Perubatan Forensik.

Memetik daripada laporan, polis telah menyoal kira-kira 80 orang saksi setakat ini.

Pada peringkat ini, polis hanya mendakwa pemlik bot “Por” dan tekong “Robert” kerana mengendalikan kapal tidak berlesen dan kecuaian yang mengakibatkan kematian.

Bagaimanapun, pihak polis percaya bahawa lima orang yang bersama Tangmo ketika kejadian telah berbohong dalam kenyataan mereka.

Menurut laporan, kumpulan LINE yang ditubuhkan untuk peminat Tangmo semalam memberitahu peminat mengenai perhimpunan itu dan datang dengan berpakaian hitam dan putih.

Dikatakan bahawa kumpulan tersebut mempunyai lebih daripada dua ribu ahli.

Sumber : thethaiger.com

Fathin Nadzira