Siakap Keli

Pemilik Kedai Makan WAJIB Tahu, 3 Jenis Duit Tunai Ini Sangat Penting Untuk ‘Cashflow’ Yang Baik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia perniagaan, walaupun kini penggunaan wang tunai sudah jarang diguna pakai, namun masih ada lagi kedai yang menggunakan tunai sebagai cara pembayaran utama.

Namun bagi peniaga kedai makan, tahu atau tidak sebenarnya duit tunai di kedai anda mempunyai tiga kategori berlainan. Kategori ini penting bagi tujuan pengasingan dan pengawalan wang mengikut ‘flow’ keluar dan masuk duit.

Menerusi akaun Facebook penasihat kewangan, Saifullah Suratmin (gambar), beliau kongsikan sebab dan kepentingan tiga jenis duit tunai ini terutama kepada pemilik kedai makan.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami kongsikan di bawah. Moga ada sedikit manfaat melaluinya yang boleh membantu para pemilik kedai untuk menguruskan duit dengan lebih teratur.

Duit Tunai Kedai Makan

Ada 3 jenis duit tunai untuk kedai makan:

1. Duit cashier/drawer

Duit cashier ini ialah duit laci. Contoh bila kita buka kedai jam 8 pagi, duit ini sudah ada dalam laci atau cashier.

Duit ini jumlahnya mesti sama setiap kali kita buka dan tutup kedai. Sebagai contoh duit dalam cashier itu kita letak RM200, duit itu mesti ditinggalkan dalam jumlah yang sama bila kita tutup kedai.

Duit itu juga mesti ada not yang berbeza. Contohnya RM50 satu keping, RM20 dua keping, RM10 6 keping, duit RM5 4 keping, duit RM1 20 keping dan duit syiling.

Dengan cara ini kita boleh elak masalah tiada duit kecil. Kalau kita tak buat cara ini, nanti kita susah nak asingkan duit sales.

2. Duit tunai jualan

Duit tunai jualan ialah duit yang kita dapat dari pelanggan hasil dari jualan menu.

Duit jualan ini mesti dicatat di buku. Duit jualan tidak boleh diguna untuk perbelanjaan kedai makan. Duit jualan ini mesti di ‘bank in’ setiap hari ke akaun bank. Kalau tidak ada masa, asingkan resit ‘bank in’.

Satu resit untuk satu hari supaya kita boleh lihat berapa jualan kedai kita setiap hari. Duit jualan mesti di ‘bank in’ dalam akaun semasa, jangan guna akaun simpanan untuk bisnes.

3. Duit petty cash

Duit ini kita gunakan untuk perbelanjaan kedai makan. Nilai duit ini mesti konsisten. Contohnya sehari duit petty cash kita tetapkan RM500, duit itulah yang diguna untuk ke pasar, untuk ke supermarket dan sebagainya.

Kalau ada baki simpan dalam peti besi. Nanti setiap hujung bulan, bakinya itu kita bank in semula dalam bank.

P/s: Kalau berminat nak dapatkan peti ini boleh dapatkan dengan admin, harganya cuma RM50 sahaja.

Nak belajar lebih lanjut tentang SOP kewangan kedai makan daftar di absurus.com

Sumber: Facebook Saifullah Suratmin

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.