Siakap Keli
Gambar: Bam Smack Pow via Google

Bintang Marvel, William Hurt Meninggal Dunia

Bintang Marvel, William Hurt yang juga merupakan pemenang anugerah Oscar dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu, lapor keluarganya.

Menurut New York Post, beliau yang pernah membintangi filem-filem terkenal seperti The Big Chill, Broadcast News serta Children of a Lesser God itu meninggal dunia pada umurnya 71 tahun.

Difahamkan, beliau disahkan menghidap penyakit kanser prostat yang telah merebak hingga ke tulang sejak tahun 2018.

“Dengan penuh rasa sedih, keluarga meratapi pemergian William Hurt, bapa tercinta dan pelakon yang memenangi anugerah Oscar pada 13 Mac 2022 meninggal seminggu sebelum hari lahirnya yang ke 72.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang di dalam pangkuan keluarga dan keluarga meminta ruang pravasi ketika ini,” kata anak lelaki beliau dalam satu kenyataan, lapor New York Post.

Memetik New York Post, pada tahun 1980, beliau telah dinobat sebagai pelakon terbaik tiga tahun berturut-turut di Academy Awards.

Beliau juga merupakan salah seorang watak dalam Marvel Comics Jeneral Thaddeus Ross dalam The Incredible Hulk, Captain America:Civil War,  Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame dan Black Widow.

William Hurt telah dilahirkan pada 20 Mac 1950 di Washington DC, United State.  

Menurut Britannica, belai mula berlakon bersama syarikat repertori sebelum membuat penampilan sulung di layar Altered States (1980). Kemudian dia menjadi pelakon terkemuka dengan filem ‘Body Heat‘ pada tahun 1981.

Difahamkan, dalam filem tersebut dia memegang watak peguam yang membunuh suami kekasihnya. Dia kemudian muncul pula dalam drama ensemble The Big Chill pada tahun 1983.

“Pada tahun 1986, dia memenangi Academy Award sebagai pelakon terbaik dalam salah sebuah filemnya pada tahun 1985,” lapor Britannica.

Selain itu, melalui siaran telivisyen, beliau turut muncul dalam mini siri Dune pada tahun 2000 dan Moby Dick pada tahun 2011 sebagai Kapten Ahab.

BACA JUGA: “Mana Nak Tengok Dulu?,” Ini Susunan Garis Masa Marvel Yang Betul, Dari The First Avenger Hingga Siri Loki

Sumber: New York Post, TGV Cinema

 

Faiz Mustafa