Siakap Keli
Sumber: Daily Mail

Gambar Kanggaru Sado ‘Payung’ Otot Tular Di Media Sosial

Tular di media sosial berkenaan foto seekor kanggaru jantan sepanjang 6.5 kaki menayang ototnya ketika sedang berjemur, lapor Daily Mail.

Jurugambar, Deborah Schutz berjaya merakamkan imej luar biasa itu semasa dia menjadi sukarelawan di Taman Hidupan Liar Cleland di kampung halamannya di Adelaide, Australia.

Dalam foto tersebut, kanggaru jantan itu dilihat sedang berehat di bawah sebatang pokok sambil menyandarkan dirinya pada satu siku sambil mempamerkan ototnya.

Menurut Schutz, walaupun luarannya kelihatan keras dan garang tetapi kanggaru itu sebenarnya sangat santai ketika dia tidur di bawah sinaran matahari petang.

Tambahnya lagi, dia tidak berani untuk mendekati haiwan tersebut kerana haiwan yang ‘lembut’ itu akan tetap melindungi diri mereka jika mereka berasa terancam.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

“Ianya adalah seekor kanggaru besar. Apabila ia berdiri, dia kelihatan luar biasa. Ototnya sangat besar.

“Bagi seekor kanggaru yang kelihatan berotot sepertinya, dia sebenarnya lembut, tetapi saya tidak mengesyorkan untuk membuatnya rasa terancam, sama seperti haiwan lain.

“Mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk melindungi diri mereka. Di alam liar, jangan sesekali mendekati mereka, terutamanya yang sama saiz sepertinya kerana dia akan berasa terancam jika anda mendekatinya.

“Ianya menjadi salah satu foto paling disukai di akaun Instagram saya, @globalmeander, dan semua rakan serta keluarga saya juga menyukainya.

“Fotografi Hidupan Liar ialah yang paling saya suka. Perkara terbaik tentang fotografi ialah merakam detik-detik itu selama-lamanya, seperti rekod visual kenangan anda.

Menurut National Geographic, kanggaru merah sememangnya bertubuh sasa dan merupakan marsupial terbesar di dunia yang mempunyai berat sehingga 200 paun dan mencapai kelajuan lebih 35mph.

Mereka juga mampu melompat sejauh 25 kaki dalam satu lompatan dan enam kaki di udara.

BACA JUGA: (Video) Kanggaru Seakan ‘Bersalam’ Dengan Penyelamat Lepas Terperangkap Dalam Air, Mungkin Berterima Kasih

Sumber: Daily Mail

Aireena Marizan