Siakap Keli
kios kwsp

Ini Senarai Lokasi Kios & Kios Pihak Ketiga KWSP, Boleh Kunjungi Untuk Urusan-urusan Ini

Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya ‘wujud’ kios-kios Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di beberapa lokasi strategik di seluruh Malaysia.

Kiosk KWSP ini juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Kalau korang yang jenis tak suka bersesak dengan orang ramai, boleh selesaikan urusan di mana-mana tempat yang ada kios ini.

Untuk pengetahuan korang semua, ini antara perkhidmatan yang disediakan di Kios KWSP;

  • Aktifkan TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak penyata
  • Semak/Kemaskini Profil

Semak senarai kios KWSP yang berdekatan

Korang perlu semak dahulu kiosk KWSP yang berada berdekatan dengan kawasan korang. Ikut je langkah-langkah berikut.

  1. Layari laman web KWSP

2 Di bahagian ‘Hubungi Kami’, klik pada ‘Pejabat dan kios’

3. Pilih negeri dimana korang sedang berada, pilih ‘Pihak Ketiga Kios’ di bahagian JENIS dan klik Carian

4. Manakala untuk Senarai kios KWSP mengikut negeri, korang hanya perlu memilih ‘Negeri’ dimana korang berada dan sila masukkan jenis ‘Kios’. Senarai kios akan terpapar, atau korang boleh semak dibawah. 

Wilayah Persekutuan

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

Menurut KWSP, pencarum perlu hadir ke Kiosk KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan nombor TAC bagi mengaktifkan i-Akaun. Pastikan korang membawa MyKad kerana ahli perlu mengimbas cap jari bagi pengesahan identiti.

BACA: Tak Perlu Ke Kaunter Tunggu Lama, Ini Cara Nak Daftar & Aktifkan i-Akaun KWSP

Sumber: Laman KSWP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang