Siakap Keli
Hujan lebat
Gambar via Xinhuanet

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Negeri

Kuala Lumpur – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan di Malaysia sehingga 2 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat dengan ramalan hujan lebat dan ribut petir adalah di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, PerakSelangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Beralih ke negeri Pahang, kawasan yang terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong. Manakala di Negeri Sembilan pula, di kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

BACA: Sebar Berita Palsu Vaksin, Polis Kesan Wanita Gagal Hadir Ke Mahkamah

Seterusnya negeri Sarawak, di kawasan Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala di Sabah, kawasan yang terlibat adalah di Pedalaman (Sipitang), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Orang awam yang duduk berhampiran kawasan yang dijangka terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan