Siakap Keli
nenek ditumbuk
Gambar: via Daily Mail

Nenek Ditumbuk 125 Kali, Parah Alami Pendarahan Otak

Seorang nenek berusia 67 tahun cedera parah akibat ditumbuk 125 kali oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Yonkers, New York baru-baru ini.

Menurut kenyataan polis, selain parah di bahagian muka dan kepala, nenek tersebut juga turut mengalami pendarahan di dalam otaknya.

“Nenek tersebut ditumbuk lebih 125 kali di sekitar bahagian kepala dan muka.

“Malah lebih mengejutkan apabila mangsa (nenek) juga dipijak-pijak sebanyak tujuh kali sebelum diludah suspek,” maklum polis, memetik Daily Mail.

Difahamkan, mangsa tersebut yang dipercayai wanita berdarah Asia merupakan seorang janda dan ibu kepada dua anak perempuan.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), mangsa pada awalnya kelihatan sedang membuka kunci pintu rumahnya.

BACA JUGA: Kepala Dibaling Botol Kicap & Ditumbuk, Tiga Beradik Jadi Mangsa Dera Ayah Kandung Lepas Ibu Meninggal

Namun suspek terbabit dilihat muncul dari arah belakang dan terus menyerangnya dengan pukulan yang begitu kejam secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 42 tahun itu tidak dapat ‘lari’ lebih jauh apabila dia akhirnya tumpas ditahan polis di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek terbabit ditahan tanpa jaminan kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat serta bersifat perkauman sebelum menyerang mangsa.

Suspek akhirnya ditahan dan dibawa ke Penjara Westchester County untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Menurut polis, suspek berdepan dengan dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh dan melakukan serangan tahap kedua terhadap mangsa yang merupakan warga emas.

Sementara itu, pegawai polis, John Mueller mendakwa, dia tidak faham mengapa kebanyakan orang menganggap kes tersebut bukan satu cubaan membunuh.

“Saya tidak dapat bayangkan sesiapa boleh menolak bahawa ini bukan satu percubaan membunuh,” katanya, lapor Bronx News menerusi Daily Mail.

Untuk rekod terdahulu, suspek tersebut sebelum ini pernah ditangkap sebanyak 14 kali, selain memiliki tujuh rekod jenayah termasuk kes melibatkan kekerasan.

Rakaman CCTV tersebut tular di media sosial sebelum mendapat liputan media serta perhatian ramai.

Gambar: via Daily Mail

BACA JUGA: Penganggur Pukul Dan Tolak Isteri Dari Kereta Ditahan

Sumber: Daily Mail

Nadhirah