SEREMBAN – Trafik dilaporkan sesak di Kilometer (km) 259.4 arah utara dari Port Dickson menuju ke Seremban.
Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi Twitter melaporkan keadaan sesak sepanjang 15 km berikutan kemalangan yang berlaku di km 260.0, pada jam 3.26 petang tadi.
Menurut PLUS, kenderaan yang menghalang lorong tengah serta separuh lorong kiri dan kanan telah pun dialihkan ke laluan kecemasan.
Oleh itu, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke destinasi berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaik mungkin dan memandu dengan berhati-hati.
18:02hrs Status terkini,insiden selesai.Trafik sesak.Sila rancang perjalanan anda.Pandu hati-hati.Harap maklum @LLMinfotrafik https://t.co/QYfjdmQCpu
— plusline1800880000 (@plustrafik) March 19, 2022
17:55hrs Status terkini,kenderaan telah dialihkan ke lorong kecemasan.Trafik sesak 15km.Sila rancang perjalanan anda.Pandu hati-hati.Harap maklum @LLMinfotrafik https://t.co/QYfjdmQCpu pic.twitter.com/6iBiZ2YhGB
— plusline1800880000 (@plustrafik) March 19, 2022
Sumber: PLUS