Siakap Keli
MySejahtera Trace

Wajib Aktifkan MySejahtera Trace Jika Berada Di Kawasan Sesak – Khairy

Orang ramai yang berada di kawasan-kawasan sesak diwajibkan untuk mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace bagi membantu mendapatkan notifikasi sekiranya kontak rapat kepada kes positif.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika sidang media secara langsung dari Parlimen sebentar tadi.

“Sepertimana kita diwajibkan untuk melakukan check-in, maka untuk kawasan-kawasan yang sesak contohnya di restoran dan pusat beli-belah diwajibkan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace kerana ia akan membantu memberi notifikasi sekiranya kita adalah kontak rapat kepada kes positif.

“Pelaksanaan dan penguatkuasaannya lebih kepada pemerkasaan komuniti, kita wajibkan tetapi ianya terserah kepada anda,” katanya.

BACA: Ini Cara ‘Update’ MySejahtera Jika Ujian RTK Tunjuk Keputusan Positif COVID-19

Dalam sidang media itu, Khairy juga berkata penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun dari Januari hingga hujung Februari menunjukkan peningkatan yang ketara.

Pada masa yang sama, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pediatric Intensive Care Unit (PICU) meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori 3 hingga 5.

“Jadi mesej yang mudah untuk ibu bapa adalah bawa anak-anak untuk PICKids,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story