Siakap Keli

Kenali Apa Itu Lafaz Isti’adzah, Cara & Dimana Nak Baca Ketika Mengaji Al-Quran

Pernahkah anda mendengar mengenai lafaz isti’adzah? Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan lafaz isti’adzah. Namun begitu, pasti ramai yang pernah membacanya saat membaca Al-Quran

Selain itu, lafaz isti’adzah ini disebut seperti, أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, yang merupakan lafaz masyhur di kalangan para ulama.

Berdasarkan penjelasan daripada Ustaz Azraie dalam video dimuat naik dari Youtube Siakap Keli, lafaz isti’adzah ini dibaca pada awal surah dan dipertengahan surah.

Menurut beliau juga, hukum membacanya adalah harus dan tidak dinafikan ada yang berpendapat bahawa hukumnya wajib.

Selain daripada lafaz masyhur, ada lagi beberapa lafaz yang lain. Antaranya contohnya ialah:

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله العظيم من الشيطان الرجيم

Cara-cara Membaca Lafaz Isti’azah

Lafaz isti’azdah ini sesuai di baca pada awal surah dan di pertengahan surah, memetik daripada penjelasan Ustaz Azraie.

Untuk membaca lafaz di awal surah, ia disebut sebagai Qath’ul Jami’ atau dipotong kesemuanya. Sebagai contoh, memulakan pembacaan dengan lafaz isti’azah dan berhenti. Kemudiannya diikuti dengan lafaz Basmallah dan berhenti serta memulakan ayat pertama surah Al-Fatihah dan ayat-ayat seterusnya.

Cara yang kedua iaitu, Washlul Jami’ atau menyambungkan bacaan isti’dazah, lafaz Basmallah dan awal surah.

Ada juga cara lain iaitu, dengan cara berhenti pada lafaz isti’adzah dan menyambungkan lafaz Basmallah dan awal surah.

Selain itu, Washlul Isti’adzati bil Basmalah iaitu, menyambungkan kedua-dua lafaz isti’adzah dan Basmallah serta memulakan awal surah selepasnya.

Memetik daripada penjelasan yang diberikan, ada beberapa peraturan yang perlu diketahui iaitu, tidak digalakkan untuk membaca lafaz isti’adzah bersambung dengan kalimah, pengganti nama atau sifat Allah SWT.

Hal ini dikatakan demikian kerana lafaz isti’adzah dibaca untuk menghindarkan kita daripada gangguan syaitan.

Namun begitu, ada cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan memberhentikan lafaz isti’adzah sebelum memulakan awal surah.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh menontoh video di bawah.

Sumber : Youtube Siakap Keli

Fathin Nadzira