Siakap Keli
hanya kerana rm1
Gambar hiasan via Google

Hanya Kerana RM1 Untuk Beli Barang Keperluan, Lelaki Nekad Tikam Isteri Hingga Mati

Dubai – Seorang lelaki Mesir nekad menikam isterinya sehingga mati hanya kerana wang berjumlah RM1, lapor Gulf News.

Difahamkan bahawa, mereka berdua baru sahaja 20 hari mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan, jenayah itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat wanita yang berlumuran darah di sebuah apartmen.

Menurut siasatan polis, suami mangsa disyaki telah menikam belakang badannya sebanyak beberapa kali berikutan berlaku pertengkaran.

Bawah Umur

Siasatan mendedahkan bahawa mangsa merupakan seorang gadis bawah umur yang dipaksa berkahwin oleh ibunya selepas kematian bapanya.

Ditikam Kerana Enggan Beri Wang Untuk Beli Barang Keperluan

Menurut seorang saksi, pasangan berkenaan dikatakan bergaduh gara-gara wanita tersebut meminta wang sebanyak 1 Dirham (RM1.14) untuk membeli keperluan asas.

Namun begitu, lelaki berkenaan enggan memberikan isterinya itu duit dan bertindak mengambil pisau di dapur lalu menikam isterinya.

Kini, suami bersama-sama ibu kepada mangsa ditahan polis kerana memaksa anak perempuannya untuk berkahwin pada usia muda.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 46 tahun di Luwu Utara, Indonesia nekad menikam isterinya sendiri dipercayai kerana cemburu, lapor portal Kumparan.

Ketua Polis Baebunta, Iptu Rodo Manik, berkata bahawa peristiwa kejadian itu bermula ketika suspek terdengar bahawa isterinya telah dilamar oleh orang lain.

Suspek dan mangsa difahamkan telah berkahwin sejak tahun 1997. Kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai masalah rumah tangga pada 2019, namun telah merujuk kembali pada Mei 2021.

“Selepas rombongan pelamar pulang, suspek yang baru tiba dari Palopo telah bertindak masuk melalui pintu dapur dan kemudiannya terus ke biliknya dengan membawa sebilah pisau. Suspek kemudiannya telah menikam isterinya pada bahagian pinggang kiri sebanyak satu kali,” ujar Rodo.

Akibatnya, mangsa mengalami luka tikaman sedalam 2.5 sentimeter dan segera dikejarkan ke klinik Desa Muktitama. Dia kemudiannya terus dirujuk ke Hospital Andi Djemma Masamba untuk rawatan lanjut.

“Suspek bersama barang bukti telah berjaya ditahan di Balai Polis Baebunta untuk proses hukuman,” ujar Rodo.

BACA JUGA: Gara-gara Terima Lamaran Orang Lain, Wanita Ditikam Suaminya Dipercayai Kerana Cemburu

Sumber: Gulf News

Aireena Marizan