Siakap Keli
Gambar: Antaranews

Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 9 Negeri Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 2:45 petang (20 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini.

Antara kawasan yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat adalah negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala di negeri Perak pula, di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Beralih ke Kelantan, kawasan dijangka terlibat adalah di Machang dan Pasir Puteh. Manakala di negeri Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. Di Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Seterusnya di negeri Johor, kawasan dijangka terlibat hanyalah di Mersing. Beralih ke negeri Sarawak, di kawasan Kuching, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit. Manakala di negeri Sabah pula, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Semporna dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Bagi penduduk di kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan berhati-hati bagi yang memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Terdahulu,

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan