Siakap Keli
akibat tahan kentut
Gambar: Daily Star

Akibat Tahan Kentut, Penyanyi Brazil Ini Dimasukkan Ke Hospital

Seorang penyanyi Brazil mengakui bahawa dia dimasukkan ke hospital untuk dirawat kerana gas terperangkap di dalam badannya akibat tahan kentut di hadapan teman lelakinya, lapor Daily Star.

Viviane de Queiroz Pereira atau dikenali sebagai Pocah, telah berkongsikan gambar ketika dalam bilik rawatan akibat tahan kentut kepada berjuta-juta pengikutnya dalam laman sosial Instagram.

Mengalami sakit perut yang teruk

“Saya bangun pada pukul 5:30 pagi dengan sakit perut yang teruk dan akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Tetapi itu sahaja, kawan-kawan. Saya kini sihat, hanya pengumpulan kentut yang terperangkap dalam badan saya sahaja,” jelas penyanyi berusia 27 tahun itu.

Penyanyi yang memulakan kerjayanya pada tahun 2012 dengan nama MC Pocahontas itu terus menggalakkan peminatnya untuk membuang angin dengan bebas tanpa rasa malu.

“Kepada perempuan, jangan malu untuk kentut di hadapan lelaki.

“Apa yang sangat memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda terpaksa mengajaknya pergi ke hospital sekali gus mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda”, kata Pocah.

“Mulai sekarang, saya akan melepaskannya”, tambahnya.

Pocah yang berketurunan Afrika dan Portugal pada asalnya tidak mengendahkan sakit perutnya selepas menerima nasihat daripada TikTok.

Selepas kejadian itu, dia berkata bahawa dia akan melepaskan kentut dengan bebas.

Menurut pakar perubatan, menahan kentut amat berbahaya dan boleh membawa kepada gejala yang menyakitkan.

Dalam kes lain, seorang bekas bintang realiti TV, Stephanie Matto mendedahkan bahawa dia meraih pendapatan dengan menjual kentutnya di dalam balang, lapor Metro UK.

Dia juga dikatakan mampu meraih pendapatan sebanyak RM212, 466 dalam masa seminggu.

Dia menggunakan jumlah pengikutnya di laman media sosial untuk dengan menjadikan mereka sebagai pelanggannya untuk dia menjual produk tersebut.

Stephanie turut menyatakan bahawa untuk menghasilkan angin dalam badannya dia makan banyak protein seperti yoghurt, telur rebus, dan kekacang.

Baca: Pendapatan Cecah RM212k Seminggu, Wanita Ini Jual Kentut Sendiri Di Dalam Balang, Siap Pernah Diskaun 50%

Sumber: Daily Star

Aireena Marizan