Siakap Keli
pencuci pantai
Gambar: Mirror UK

Pencuci Pantai Terkejut, Temui Ikan Kembar Berkepala Dua

Seorang pencuci pantai telah menemui seekor ikan berkepala dua yang menyerupai bentuk hati, lapor Mirror UK.

Claudinei Antonio yang telah bertugas mencuci pantai selama 25 tahun di Sao Paulo, Brazil berkata, dia tidak pernah menemui ikan seperti itu sebelum ini.

“Ikan ini menarik perhatian saya kerana ia sangat berbeza, ia mempunyai dua kepala. Saya sempat ambil banyak gambar ikan ini,” kata pencuci pantai itu.

Gambar: Mirror UK

Ikan yang kelihatan pelik ini telah dihanyutkan di Pantai Itarare di Sao Paulo.

Menurut seorang ahli biologi marin, Eric Comin berkata, kejadian itu adalah sama seperti manusia di mana kembar boleh dilahirkan bercantum, iaitu kembar siam.

Kejadian serupa

Tambahnya lagi, sudah ada rekod seperti ini di Akuarium Espirito Santo. Ia sangat jarang berlaku tetapi mereka berjaya bertahan dan meneruskan hidup. Mereka juga dilaporkan boleh makan dan juga berenang.

“Ia sama seperti manusia, tidak ada pertindihan organ. Ada satu organ bagi kedua-dua ikan tersebut dan mereka boleh hidup bersama. Namun, sehingga hari ini, belum ada teknologi yang boleh digunakan untuk memisahkan mereka”, jelasnya.

Terdahulu, seorang petani di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berkepala dua dan mempunyai badan seakan babi.

Walau bagaimanapun, anak lembu itu dilaporkan mati selepas dilahirkan. Ibu lembu berkenaan juga turut mati beberapa hari kemudiannya.

Ekoran daripada itu, pasukan veterinar terus mengkaji haiwan yang dilahirkan di Markechik, Khakassia, Rusia pada awal bulan ini selepas petani tersebut melaporkan berkenaan kelahiran abnormal itu.

Melihat kepada kedua-dua kepala haiwan tersebut, kedua-dua matanya kelihatan tertutup seperti dijahit dan bahkan lidah kedua-duanya terjuntai keluar.

Penduduk tempatan menyatakan dalam sosial media bahawa lembu itu tidak bertahan lama begitu juga dengan ibunya yang mati beberapa hari kemudian.

Jabatan Perubatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Makanan Republik Khakassia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Oktober berkata, “Insiden itu berlaku di kampung Matkechik, daerah Beysky di ladang persendirian.

BACA JUGA: Petani Gempar, Dapat Anak Lembu Berkepala Dua & Berbadan Seperti Babi

Sumber: Mirror UK

Aireena Marizan