Sudah banyak kita dengar mengenai cerita keunikan dan kecantikan orang-orang Afrika, baik dari segi alam semula jadi mahupun budaya kehidupan mereka. Jika disebut mengenai Ota Benga, ada dalam kalangan kita mengetahui sejarah kehidupannya dan ada juga yang tidak mengetahui siapakah dirinya.
Persoalannya, adakah dia orang kenamaan sehinggakan namanya diingati dan bagaimana kisah hidupnya?
Mari kita selami kisahnya.

Pada 20 Mac 1916, Ota Benga, seorang anak asli Afrika dikatakan membunuh diri setelah menerima layanan buruk dengan dikurung di dalam zoo.
Menurut sumber dari The Guardian, dia telah diculik pada tahun 1904 dari Congo dan dibawa ke Amerika untuk dipamerkan di Zoo Bronx bersama monyet.
Dilahirkan sekitar tahun 1883, dia dipercayai merupakan sebahagian daripada suku Mbuti yang tinggal di Hutan Kasai yang kini dikenali sebagai Republik Congo.
Menerusi perkongsian daripada akaun ciapan African & Black History, apabila Ota menjadi seorang lelaki, giginya patah sehingga menjadi mata tajam dan ia dikatakan sebahagian daripada adat suku kaumnya.
Dari segi sejarah, mengasah gigi adalah kebiasaan dalam pelbagai budaya dan bertujuan untuk kerohanian dan pengenalan diri.
Namun, dunianya hancur apabila Raja Lerpold II dari Belgium menubuhkan koloni di Congo untuk mengeksploitasi sumber berharga dan mewujudkan tentera di bawah kawalan peribadinya, Force Publique.
Tambahan pula, permintaan untuk getah juga semakin meningkat di seluruh dunia dan Leopold mahu menguasai pasaran tersebut.
Oleh sebab itu, dia telah mengerah penduduk asli di situ untuk bekerja di ladang getahnya dan menyebabkan berjuta-juta rakyat Congo pada masa itu mati di bawah pemerintahan Leopold.

Apa Yang Berlaku Terhadap Penduduk Di Congo
Di Congo, wanita telah dijadikan tebusan supaya lelaki mereka dapat mengumpul getah dengan cukup untuk Raja Leopold. Jika getah yang dikumpul tidak mencapai kuota yang ditetapkan, tangan mereka akan dipotong.
Pada ketika itu, Ota keluar dalam ekspedisi memburu ketika kampungnya diserang. Tidak pasti sama ada Force Publique atau kumpulan Afrika yang bekerja mengumpul orang untuk dijual, dia telah ditahan.
Kebetulan juga, seorang lelaki bernama Samuel verner sedang menyediakan pameran untuk Pameran Dunia 1904 dan pihak penganjur ingin menunjukkan kemajuan umat manusia dari zaman kegelapan kepada zaman pencerahan.
Dia diberikan sejumlah wang yang besar untuk mengumpul spesimen orang dari Afrika sebagai wakil kewujudan manusia.
Dia pun telah berlayar ke Afrika selepas mendapat kebenaran Raja Leopold yang menyatakan minatnya untuk menghadiri pameran itu.
Verner kemudiannya menceritakan bagaimana dia menemui Ota, walhal pada hakikatnya dia telah membeli Ota daripada peniaga hamba.
Pengalaman Ota Benga Yang Memeritkan
Walaupun Ota dijadikan sebagai pameran atau Human Zoo, pengalaman hidupnya di situ sangat memilukan.
Dia disifatkan sebagai kanibal, mereka menghayunkan lembing ke arah pengunjung dan meringis serta memodelkan tarian perang mereka.
Bagaimanapun, ada juga di antara mereka dicucuk dan dikerumuni oleh pengunjung yang terpegun melihatnya.
Pada tahun 1906, Verner telah mengembara ke luar untuk mencari rumah baharu kepada Ota dan menemuinya di Zoo Bronx.
Ota dijadikan sebagai pameran dan sebuah plak telah didirikan untuk menggambarkannya dengan cara yang sama seperti haiwan.
Dia telah dimasukkan ke dalam sangkar monyet bersama-sama orang utan yang terlatih bernama Dohong.
BACA: Bumi Diramal Bakal Tenggelam Menjelang 2050? Ini Perlu Anda Tahu
Menerusi jurnal Minneapolis, Ota diisytiharkan sebagai ‘mata rantai yang hilang’ di antara cipanzi dan manusia.
Sangkar tersebut dipenuhi dengan tulang untuk menggambarkan dirinya adalah kanibal dan memaksanya membuat persembahan kepada penonton.
Pada petang 19 Mac 1916, Ota Benga didakwa mencuri pistol revolver dan menembak dirinya sendiri pada bahagian jantung lalu mati.
On this day in 1916, Ota Benga, an African native who suffered inhumane treatment by being kept in a zoo, committed suicide.
He had been kidnapped in 1904 from Congo, and taken to America and exhibited at the Bronx Zoo with monkeys.
A THREAD! pic.twitter.com/ZmuXYwChoW
— AFRICAN & BLACK HISTORY (@AfricanArchives) March 20, 2022
Sumber : Twitter African & Black History, The Guardian