Siakap Keli
pemuda tikam rakan
Gambar via Kompas

Pemuda Tikam Rakan Sendiri, Gara-gara Rebut Parkir Kereta

Jakarta, 21 Mac 2022 – Seorang pemuda ditahan polis kerana tikam dua rakan yang merupakan jirannya sendiri gara-gara berebut tempat letak kereta.

Menurut Kompas.com, suspek, 23 tahun tekad menikam dua rakan (mangsa) tersebut kerana berebut tempat letak kereta di sebuah kedai emas di Jalan Kranggan, Indonesia.

Wakil polis tempatan, Dwi Perbawa Nugraha berkata, suspek merasakan tempat letak kereta itu dirampas oleh dua rakannya yang datang ke rumah mangsa pada 15 Mac lalu.

“Suspek dan mangsa berebut tempat parkir di salah sebuah kedai emas di Jalan Kranggan, Semarang.

“Kemudian suspek merasa tidak puas hati lalu menuju ke rumah mangsa.

“Dia dengan membawa pisau datang ke rumah mangsa dan telah mencetuskan pergaduhan hingga menikam mangsa,” jelasnya, lapor Kompas.com. 

Difahamkan, melalui rakaman litar tertutup (CCTV) semasa kejadian itu berlaku suspek mencetuskan pergaduhan di depan rumah mangsa.

Memetik Kompas.com, dua mangsa tersebut dikejarkan ke hospital kerana luka tikaman yang parah dan suspek telah melarikan diri.

“Mangsa pertama telah mengalami luka tikaman pada bahagian belakang dan ketiak manakala mangsa lagi seorang di bahagian perut.

“Salah seorang dari mereka masih dalam keadaan kritikal dan masih dalam rawatan,” ujar Iga, lapor Kompas.com. 

Menerusi Kompas.com, suspek mengaku bahawa ketika kejadian dia tekad melakukan hal tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk minuman keras.

“Saya sembunyikan pisau di sebelah kanan sebagai persediaan. Saya mabuk ketika tapi masih dalam keadaan sedar,” katanya, lapor Kompas.com.

Disebabkan perbuatan itu, suspek dikenakan dakwaan di bawah Seksyen 351 Kanun Keseksaan (penganiayaan) dengan hukuman penjara 15 tahun mengikut undang-undang Indonesia.

BACA JUGA: Hanya Kerana RM1 Untuk Beli Barang Keperluan, Lelaki Nekad Tikam Isteri Hingga Mati

Sumber: Kompas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.