Hari pertama persekolahan merupakan detik paling ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai ragam dapat disaksikan ketika hari ‘bersejarah’ ini.
Semalam pula merupakan hari pertama anak-anak kita di negara ini memulakan sesi baru persekolahan baharu bagi tahun 2022 setelah sekian lamanya ‘bercuti’.
Sudah pasti banyak ragam anak-anak yang boleh kita lihat semalam. Mungkin ada yang menangis, sukar bercakap dan sebagainya yang boleh dilihat ketika hari tersebut.
Situasi itu mungkin selalu berlaku di negara kita. Namun, bagaimana pula keadaan hari pertama persekolahan di luar negara? Pernah kita terfikir?
Menerusi perkongsian dari seorang warga Malaysia yang menetap di Jepun, Zunita Ramli, beliau ceritakan serba sedikit suasana hari pertama persekolahan di sana.
Ikuti perkongsiannya yang telah kami kongsikan di bawah mengenai keunikan suasana hari pertama persekolahan di negara ‘matahari terbit’ itu.
Hari Pertama Persekolahan Di Jepun Yang Unik, Mula Pada Khamis

Semalam, Isnin, bermula sesi persekolah tahun 2022 di Malaysia. Macam-macam gelagat dipaparkan.
Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana pula suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun?
Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Iya, hari Khamis bukan Isnin.
Macam pelik kan, kenapa mula Khamis? Kenapa tak Isnin?
Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat.. lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan? Kenapa?
Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.
Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” dan hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan. Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi dan sebagainya.
Jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis. Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.
Lagi pula, sesi persekolahan Khamis dan Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, diorang biasanya dibiarkan bermain dan suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, dan sebagainya.
Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main dan jumpa kawan-kawan.
Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.
Selain tu untuk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.
Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yang akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput untuk sertai Hari Sukan.
Sekolah juga akan disediakan acara untuk mereka sertai. Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana dan sebagainya.
Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak darjah satu menangis masa hari pertama persekolahan.
Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.
Nampak mudah, tapi ia beri impak yang besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak lansung akan kurang masalah ponteng, pelajar, lebih fokus, bersemangat dan sebagainya, begitulah.
Sumber: Zunita Ramli