Siakap Keli
sering menghuni rumah

Lelaki Kongsi Tips Halau Semut, Hanya Perlu Dua Bahan Ni Sahaja

Selain lipas, semut juga merupakan antara serangga yang sering ‘menghuni’ rumah terutama di kawasan yang mempunyai sisa makanan manis.

Semut kebiasaannya akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan atau habitat bersarang. Malah sejumlah kecil makanan seperti serbuk juga boleh menarik perhatian serangga itu.

Ia cekap mencari dan mengeluarkan makanan yang tertinggal di sekeliling rumah.

Kerap masuk rumah masa musim panas

Jika anda perasan, semut lebih kerap masuk ke dalam rumah pada musim panas. Hal ini kerana, kebanyakan serangga lebih aktif pada bulan yang lebih panas.

Boleh dikatakan ia kadang-kadang masuk ke dalam rumah untuk mencari air dan disebabkan itu anda mungkin akan sering melihat serangga tersebut di bilik mandi atau bahagian lain yang lembap di rumah.

Tidak cuma itu, hujan lebat juga boleh menyebabkan sarang semut ditenggelami air dan memaksa mereka berpindah ke bangunan berdekatan, seperti rumah anda.

Memang risau bila tengok semut banyak, kadang-kadang ia boleh mengganggu kehidupan seharian di rumah.

BACA: (Video) Bukan Bawa Gula, Sekumpulan Semut ‘Terkantoi’ Angkut Rantai Emas

Banyak cara yang dilakukan untuk menghalau serangga itu tetapi kebiasaannya ia susah untuk hilang.

Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menghalau semut dengan hanya menggunakan dua bahan mudah ini sahaja.

Menurut pengguna TikTok, @Jason_jezi, cara terbaik untuk menghalau semut itu adalah dengan menggunakan cuka dan serbuk sabun.

Macam mana caranya?

Menerusi video itu, Jason dilihat mencampurkan satu sudu serbuk sabun dan satu sudu cuka. Selepas itu, masukkan ke dalam botol spray dan sembur pada laluan semut.

Belum cuba belum tahu kan? Mari tengok video Jason di bawah ini untuk lihat dengan lebih jelas mengenai cara untuk menghalau semut.

@jason_jezi

Campur 2 bahan barang di rumah, semut terus hilang. Sgt berkesan #TikTokGuru #jombelajar #learnwithtiktok #jezismart #tips

♬ Paro Paro G – djsandyremix

Sementara itu, anda juga boleh mencegah serangga itu masuk ke dalam rumah dengan memastikan mereka tidak mempunyai akses kepada makanan.

Pastikan anda memasukkan makanan dalam bekas kedap udara, bersihkan di belakang peti sejuk dan pembakar roti serta pastikan tong sampah ditutup dengan rapat.

Tidak cuma itu, anda juga perlu menutup rekahan dan lubang di dinding bagi menghalang serangga tersebut bersarang di dalam rongga dinding.

Sumber: Jason_jezi, The conversation

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.