Siakap Keli
Kredit : TikTok nayanaya51430

(Video) Bukan Bawa Gula, Sekumpulan Semut ‘Terkantoi’ Angkut Rantai Emas

Semut sememangnya menjadi ‘musuh utama’ buat kaum ibu di rumah. Apabila masa dia kerumun sesuatu, nak tepis pun tak boleh.

Kalau bercakap mengenai semut, mesti kita akan terfikirkan makanan kegemarannya, iaitu gula. Pantang terbuka penutup bekas gula, mulalah berpesta dalam bekas itu.

Tetapi, pernah tak korang tengok semut angkut barang perhiasan emas? Haaa, mesti tak pernah kan?

Kejadian ini berlaku apabilam sebuah video telah dimuat naik di salah satu akaun Tiktok dan juga merupakan pemilik barang perhiasan itu, iaitu nayanaya51430.

Menerusi perkongsian video itu, kelihatan sekumpulan semut membawa rantai emas dan hendak dialihkan ke tempat yang lain.

Namun, perlakuan tersebut sempat tertangkap dan dirakam oleh pemilik rantai tersebut.

Apa yang menghiburkan apabila pemilik tersebut keliru dan hairan bagaimana sebilangan semut tersebut boleh mengangkut rantai itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya.”

Memetik daripada laporan Berita Hits, wanita tersebut bernasib baik apabila sempat merakam gelagat semut itu. Jika tidak, berkemungkinan akan timbul fitnah dalam keluarganya kerana hilang tiba-tiba.

Video yang dikongsikan itu telah perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta.

@nayakanaya51430

ngakak sore😁😁😁😁

♬ Anjahahhaha – One Voice

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang menonton video tersebut terhibur dengan rakaman itu. Ada yang berseloroh dengan mengatakan semut itu ingain menjual buat beli stok gula.

Kredit : TikTok nayanaya51430
Kredit : TikTok nayanaya51430
Kredit : TikTok nayanaya51430
Kredit : TikTok nayanaya51430

Sumber : hits.suara.com

Fathin Nadzira

Editor: Adnin Razak