Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
NASA Jumpa 5005 Planet
Gambar via NASA
Tiada Kategori
NASA Jumpa 5005 Planet Dikenali Sebagai ‘Exoplanet’

Eyla Azri

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) telah mengesahkan bahawa terdapat lebih 5,000 planet yang wujud di luar sistem suria, dikenali sebagai ‘exoplanet’.

Exoplanet yang ditemui setakat ini termasuk ‘dunia kecil berbatu’ persis Bumi yang memiliki gas berkali ganda lebih besar daripada Musytari.

Bagaimanapun, NASA menegaskan bahawa 5,005 planet ini hanyalah ‘sebahagian kecil’ daripada ratusan bilion planet yang ada didalam galaksi Bima Sakti.

“Ia bukan sekadar nombor”, kata Jessie yang merupakan saintis daripada Institut Sains Exoplanet NASA di Caltech, California.

Antara exoplanet yang paling baru dijumpai dan disahkan adalah K2-377B, yang turut digelar ‘super Earth’. ‘Super Earth’ mengambil masa 12.8 hari untuk melengkapkan satu orbit bintangnya.

Satu lagi exoplanet dilabel dengan TOI-1064 b, yang merupakan ‘dunia berbatu’ dengan saiz lebih besar daripada bumi.

Exoplanet pertama ditemui 30 tahun lalu

Untuk pengetahuan anda, exoplanet pertama ditemui adalah pada tahun 1992.

Pada Januari tahun itu, Aleksander Wolszczan dan Dale Frail mengumumkan penemuan dua planet berbatu yang berada didalam buruj Virgo pada orbit PSR B1 257+12.

“Jika anda menemui planet pada bintang neutron, ini bermakna, planet itu ada dimana-mana,” kata Aleksander kepada NASA.

Pada tahun 2018, Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) telah dilancarkan untuk mengenalpasti lebih banyak exoplanet baharu.

Apabila teleskop generasi baharu dicipta kelak, alat tersebut dikatakan dapat menangkap cahaya daripada lapisan atmosfera exoplanet.

Teleskop teknologi canggih pertama dengan tahap kepekaan yang tinggi juga dilancarkan baru-baru ini, dikenali sebagai ‘Teleskop Angkasa James Webb’.

Dengan teknologi baharu ini, penyelidik juga dijangka berupaya mengesan planet yang berkemungkinan layak dihuni makhluk hidup.

Sumber: NASA