Siakap Keli
hormon seseorang bahagia
Gambar via Google

Rupanya Kena Ada Empat ‘Happy Hormon’ Ini Untuk Buatkan Anda Rasa Bahagia

Tahukah anda, terdapat empat jenis happy hormon dalam tubuh yang memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan perasaan yang positif termasuk perasaan bahagia dan gembira seseorang individu.

Hormon merupakan sejenis bahan kimia (dengan struktur kimia tertentu) yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu untuk berhubung dan memberikan isyarat serta mengawal fungsi badan.

Oleh itu, setiap hormon memainkan peranan penting mengikut fungsi tertentu dalam badan. Jom kita semak empat happy hormon yang boleh membantu anda untuk rasa bahagia dan cara untuk meingkatkan hormon tersebut.

1. Hormon Dopamin

Hormon dopamin dikenali sebagai hormon perasaan baik. Ia adalah hormon dan neurotransmitter yang merupakan bahan yang paling penting dalam sistem otak kita. Dopamin dikaitkan dengan perasaan yang menyenangkan, sifat menghargai, fungsi sistem motarik dan banyak lagi. 

Individu yang kekurangan hormon dopamin akan mudah untuk merasa kurang bermotivasi dan tidak semangat. Oleh itu, sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, ia mungkin disebabkan anda kekurangan hormon dopamin dalam badan.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan hormon dopamin ini seperti mendengar lagu yang kita suka, bersenam, mendapatkan tidur yang cukup dan makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi. Selain itu, kita boleh juga meraikan apa jua pencapaian yang pernah kita buat.

2. Hormon Serotonin

Hormon serotonin membantu untuk mengatur suasana hati kita supaya sentiasa tenang, mengawal nafsu makan, pencernaan makanan dan juga tidur. Hormon ini bertanggungjawab untuk memastikan mood kita sentiasa berada dalam stabil.

Seseorang yang kurang hormon serotonin dalam badan akan menyebabkan dirinya mengalami kemurungan dan paling teruk sehingga boleh menghidap penyakit mental.

Seseorang yang mengalami sindrom serotonin ini akan menunjukkan gejala ringan seperti gementar, sakit kepala, termenung dan susah untuk tidur.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan tahap serotonin dalam badan iaitu mendapatkan cahaya yang cukup pada siang hari. Sebagai contoh, kita boleh berjalan di luar rumah pada waktu pagi dalam masa 10 -15 minit untuk mendapatkan cahaya matahari. Hal ini kerana sinaran matahari boleh mengaktifkan produksi hormon serotonin.

Selain itu, seseorang juga boleh mengamalkan diet yang sihat, membuat meditasi dan banyak luangkan masa dengan alam semulajadi seperti melihat pokok  ataupun main dengan binatang untuk meningkatkan tahap serotonim ini.

3. Hormon Oksitoksin

Hormon Oksitoksin disebut juga sebagai hormon cinta kerana ia berkait dengan perasaaan cinta, kasih sayang, emosi yang baik dan hubungan sesama manusia. Hormon ini membantu seseorang untuk meningkatkan rasa kepercayaan terhadap diri sendiri mahupun orang lain, empati dan ikatan dalam sesuatu hubungan.

Kadar oksitoksin dalam badan boleh meningkat dengan kasih sayang yang diperoleh. Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan kasih sayang secara fizikal iaitu ciuman, pelukan, urut badan orang yang kita sayang ataupun hubungan intim.

Kekurangan hormon oksitoksin dalam badan seseorang membuatkan individu itu kurang fungsi sosial. Oksitoksin ini selalu dikaitkan dengan wanita terutamanya yang sedang mengandung. Hal ini kerana  ia membantu dalam proses bersalin dan proses menyusukan bayi.

Sebanarnya, kita juga boleh merasakan hormon ini ketika sedang jatuh cinta dan angau dalam percintaan.

4. Hormon Endorfin

Hormon endorfin merupakan hormon yang paling kuat sekali di dalam tubuh badan seseorang sehingga ia boleh bertindak sebagai pain killer di dalam badan.

Maksudnya ialah hormon ini boleh menyembuhkan apa-apa emosi ataupun perasaan negatif  dalam badan kita. Kekurangan endorfin dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala dan juga sakit-sakit  badan.

Cara yang mudah untuk meningkatkan tahap endorfin ialah anda semua boleh memasak makanan kegemaran bersama pasangan atau orang tersayang.

Selain itu, makan makanan tertentu juga boleh membantu meningkatkan tahap endorfin seperti makan makanan pedas, yogurt, kacang ataupun coklat.

Untuk pengetahuan anda, bergelak ketawa bersama rakan-rakan turut membantu meningkatkan hormon ini. Anda semua boleh membuat jenaka ketika rakan anda sedang stress untuk membuatnya ketawa.

Inilah empat hormon yang setiap manusia perlukan untuk hari-hari mereka lebih positif dan bermakna. Jadi, sekiranya anda perasan perubahan dalam diri yang tidak baik, maka anda boleh pastikan hormon yang anda kurang dan cuba tips yang diberikan.

Untuk dapatkan penerangan yang lebih jelas, tonton video oleh Youtube Siakap Keli di bawah ini ya!

Sumber: Youtube Siakap Keli

Akhmar Ikmal