Siakap Keli
Khairy Akan Adakan Sidang
Gambar Via Bernama

Khairy Akan Adakan Sidang Media Petang Ini

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media dijangka pada pukul 5.00 petang, hari ini.

Bagaimanapun, perkara yang akan diumumkan di dalam sidang media itu tidak didedahkan.

Orang ramai boleh menyaksikan sidang media itu secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Khairy telah memaklumkan mengenai fasa peralihan Malaysia ke endemik dalam sidang media pada dua minggu lalu.

Menerusi sidang media itu, beliau telah mengumumkan beberapa perkara termasuk peningkatan penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak bawah 12 tahun yang ketara dari Januari hingga hujung Februari.

Pada masa yang sama, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Pediatric Intensive Care Unit (PICU) meningkat sebanyak 94 peratus untuk semua kategori 3 hingga 5.

“Jadi mesej yang mudah untuk ibu bapa adalah bawa anak-anak untuk PICKids,” katanya.

Selain itu, Khairy juga mengingatkan kepada orang ramai untuk membuka MySejahtera Trace jika berada di kawasan yang sesak.

Ia bagi membantu mendapatkan notifikasi sekiranya seseorang kontak rapat kepada kes positif.

“Seperti mana kita diwajibkan untuk melakukan check-in, maka untuk kawasan-kawasan yang sesak, contohnya di restoran dan pusat beli-belah diwajibkan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace.

“Pelaksanaan dan penguatkuasaannya lebih kepada pemerkasaan komuniti, kita wajibkan tetapi ianya terserah kepada anda,” katanya.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story