Siakap Keli
wanita berdepan detik cemas
Gambar: Daily Star

Wanita Berdepan Detik Cemas, Diserang Anjing Peliharaan Sendiri Hingga Patah Tulang

Seorang wanita terpaksa bertarung nyawa melawan anjing peliharaan kesayangannya selepas haiwan itu menyerangnya secara tiba-tiba ketika dia sedang mengikat tali kasut di dalam lif, lapor Daily Star.

Wanita dari Colombia yang berusia 25 tahun itu sedang mengikat tali kasut di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba diserang dan digigit pada lengan oleh anjing jenis pit bull yang berusia empat tahun.

Berasa bimbang dan dalam kesakitan yang teruk, wanita itu tidak mempunyai pilihan lain selain cuba untuk mencari perlindungan di dalam lif, walau bagaimanapun anjingnya itu tetap tidak mahu melepaskannya dan mengikutnya masuk.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam lif, wanita itu dilihat telah masuk ke dalam lif dengan pendarahan yang banyak sambil digigit oleh anjing berkenaan di bahagian lengannya.

Gambar: Daily Star

Mangsa cuba meminta pertolongan

Sambil wanita itu menjerit, anjing tersebut mula menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Wanita itu berusaha untuk duduk dan menekan butang lif dengan tangannya yang berlumuran darah sebelum melarikan diri ke ruangan lobi.

Bagaimanapun, wanita tersebut dilaporkan terselamat dari kejadian ngeri itu. Namun, terpaksa menjalani pembedahan pada lengannya yang terkoyak.

Anjing dilihat memakai muzzle

Berita mengenai serangan mengejutkan itu telah didengari oleh jiran wanita berkenaan. Mereka terkejut kerana anjing itu sentiasa kelihatan mesra dan tidak pernah menunjukkan sebarang sifat agresif.

Mereka bagaimanapun menyedari bahawa wanita itu selalu membawa anjingnya berjalan-jalan dengan memakai muncung atau muzzle.

“Apabila haiwan itu melompat ke atasnya, satu-satunya perkara yang dia fikir adalah jika dia tinggal di tingkat lima, tiada siapa yang akan menyelamatkannya,” menurut jurucakap polis.

Gambar: Daily Star

“Wanita itu mengalami patah tulang pada dua jari tangan kanannya, phalanx di sebelah kirinya. Dia masih dirawat di hospital dan menunggu untuk dipindahkan ke klinik bagi prosedur perubatan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka akan menyiasat keadaan terkini haiwan tersebut.

Anjing itu akan dihantar ke Sekretariat Kesihatan Pusat Zoonosis Cúcuta untuk dianalisis tingkah lakunya selama sepuluh hari bagi menentukan nasibnya.

Dalam kes lain, seorang gadis didakwa mati ‘berdarah’ setelah diserang oleh sekumpulan anjing ketika keluar berjoging pada waktu petang, berhampiran bandar San Juan di barat Argentina, lapor Mirror.

BACA: Gadis Dilapor ‘Mati Berdarah’ Setelah Diserang Sekumpulan Anjing Ketika Keluar Berjoging

Sumber: Daily Star

Aireena Marizan