Siakap Keli
Baba Vanga

Baba Vanga Didakwa Pernah Ramal Putin Akan Kuasai Dunia

*Penafian: ini hanyalah laporan berita, tidak bermaksud untuk menyeru & mempercayai segala ramalannya.

Baba Vanga, seorang wanita buta yang dipercayai memiliki kebolehan mistik didakwa pernah meramalkan Presiden Russia, Vladimir Putin akan menguasai dunia.

Menurut Mirror, ramalan wanita buta tersebut didakwa dibuat berikutan krisis konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine buat masa ini.

Walaupun sudah meninggal dunia pada sekitar 90an, namun ramalannya ini didakwa pernah disebut ketika dalam satu rancangan temu bual di Birmingham Live pada 1979 lalu.

Ketika itu, Vanga ditanya beberapa soalan oleh seorang penulis, Valentin Sidorov mengenai perkara berkaitan ramalan masa depan.

“Semua akan cair seperti ais dan hanya satu yang tidak ‘disentuh’, kuasa Vladmir (Putin) dan Russia.

“Terlalu ramai akan menjadi mangsa dan tiada siapa dan apa yang mampu menghalang Russia.

“Semua akan disingkirkan namun Putin, tidak hanya selamat tapi akan jadi penguasa seluruh dunia,” jawabnya dalam rancangan temu bual itu.

Difahamkan, kenyataannya itu menimbulkan ramalan bahawa Putin dan Russia dipercayai bakal ‘menawan’ dunia tidak lama lagi.

Lapor Mirror lagi, Vanga juga didakwa turut meramalkan bahawa Russia akan mempunyai masa depan yang gilang-gemilang satu hari nanti.

Kata wanita buta itu, Russia didakwa akan menjadi satu-satunya kuasa terbesar dunia.

Selain itu, dia juga turut membuat ramalan mengerikan tentang penggunaan senjata nuklier dan Perang Dunia ke III.

BACA JUGA: Wanita Buta, Baba Vanga Ramal 4 Malapetaka Bakal Berlaku Pada Tahun 2022

Imbas kembali, Vanga menjadi buta selepas dia ditimpa angin puting beliun semasa kecil dahulu.

Bahkan sejak lahir lagi, Vanga atau nama sebenarnya Vangeli Gushterova itu sering disebut-sebut mempunyai keupayaan meramal masa depan, menurut Mirror.

“Dia dilaporkan telah melakukan beratus-ratus ramalan selama 5o tahun hidupnya.

“Dia terkenal selepas ramalannya tepat mengenai tenggelamnya Kursk pada tahun 2000.

“Berjuta pengikutnya percaya dia mempunyai kebolehan paranormal termasuk telepati dan boleh berkomunikasi dengan dengan makhluk asing,” lapor Mirror.

Banyak ramalan peristiwa dunia dan keadaan manusia telah menjadikan dia terkenal termasuk dakwaan dia meramalkan kebangkitan ISIS dan runtuhnya menara berkembar.

The Irish Mirror juga turut melaporkan ramalan yang menakutkan pada hari ini dan bagaimana ia berlaku, tulis Mirror.

Menurut Mirror, sebahagian pakar didakwa mengkaji kesemua ramalannya. 68 peratus daripadanya didakwa berlaku dan 85 peratus lagi adalah dakwaan dari pengikut-pengikutnya.

Terdahulu, dia juga pernah mendakwa bahawa pada tahun 2021 akan menjadi mimpi ngeri buat penduduk dunia apabila pelbagai peristiwa buruk diramalkan akan berlaku.

Selain itu, dakwa Vanga, penawar bagi kanser juga dipercayai akan ditemui pada tahun hadapan dengan mendakwa penyakit tersebut akan ‘diikat’ dengan ‘rantai besi’.

Mengimbas kembali peristiwa serangan 9/11 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 2001 lalu, Vanga sebelum itu didakwa pernah meramalkan bahawa akan ada dua ekor ‘burung besi’ melanggar bangunan tersebut dan ternyata, ianya berlaku.

Malah pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini juga didakwa pernah diramalkan lebih awal ketika dia masih hidup lagi.

Vanga yang mendapat ilham di sebalik mata yang buta

Mengimbas kembali, Vanga dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Ustrumica, wilayah di bawah Empayar Uthmaniah (kini dikenali sebagai Strumica di utara Macedonia) dan dibesarkan di Rupite di wilayah pergunungan Kozhuh, Bulgaria.

Dilahirkan sebagai bayi pramatang, Vanga turut mengalami beberapa komplikasi kesihatan sejak kecil, namun dia juga turut memiliki kelebihan luar biasa.

Hidupnya mula berubah apabila ditakdirkan dirinya pernah dilambung angin tornado dalam satu nahas yang berlaku, mengakibatkan tubuhnya tercampak jauh dan hilang sebelum dijumpai orang beberapa hari selepas itu.

Ketika ditemui, tubuhnya mengalami kecederaan dan paling menyakitkan, kedua-dua matanya diselaputi pasir yang banyak sebelum menyebabkannya hilang penglihatan.

Bagaimanapun, di sebalik kehilangan deria itu, Vanga mendakwa diberikan kelebihan lain iaitu mampu ‘melihat’ pelbagai perkara termasuklah meramalkan waktu yang belum terjadi.

Atas kekebihan itu, Vanga dianggap sebagai tukang tilik dan menjadi ikutan ramai warga Bulgaria termasuk Russia sendiri.

Kisah Vanga dalam meramalkan isu-isu di sekeliling tersebar ke seluruh dunia hingga pernah difilemkan dalam dokumentari Vanga: The Visible & Invisible World.

Malah ‘jasa’ Vanga pernah diiktiraf kerajaan Bulgaria apabila kementerian pelancongan negara itu menjadikan rumah serta gerejanya diabadikan sebagai tempat pelancongan keagamaan di sana.

Vanga menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Ogos 1996 dan mayatnya disemadikan di tanah perkuburan di Sofia, Bulgaria.

BACA JUGA: “Tiga Raksasa Bersatu & Naga Besar China Kuasai Dunia”, Wanita Buta, Baba Vanga Dakwa 2021 Penuh ‘Derita’

Sumber: Mirror, Daily Post

 

Faiz Mustafa