Tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal jatuh terseret di atas jalan raya dalam kejadian pada petang tadi.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Menerusi video itu, penunggang tersebut dilihat tidak dapat mengawal motosikalnya selepas terlanggar jalan berlubang yang terdapat di situ.
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini
Penunggang motosikal tersebut dilihat nyaris maut digilis kereta yang merakam kejadian itu di belakangnya. Mujur, kereta tersebut sempat menekan brek.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak diketahui walaupun dia dilihat tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 3 ribu kali di Twitter.
📍Kesas Highway.
Naya member terseret.. 🤦♀️🤦♀️@JKRMalaysia@JKRSelangor@kesastrafik pic.twitter.com/vlXw0x00wn
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) March 28, 2022
Sumber: Jabatan Netizen Malaysia