Siakap Keli
will smith
Gambar: New York Film Academy/Google

Will Smith Pernah ‘Training Keras’ Bawa Watak Petinju Legenda Muhammad Ali

Siapa sangka, pelakon terkenal Hollywood yang memenangi Oscar hari ini, Will Smith sebenarnya pernah menjalani latihan ‘keras’ demi menjayakan watak legenda tinju dunia, Muhammad Ali?

Imbas kembali, Will Smith pernah menggalas tugas berat dalam kariernya apabila perlu menjayakan watak Muhammad Ali dalam sebuah filem aksi berjudul Ali (2001) arahan pengarah Michael Mann.

Jurulatih aksi, Darrell Foster mendedahkan, Will Smith pernah merasai pelbagai kesukaran sepanjang latihan keras hingga pernah jatuh terduduk.

“Saya membawa Will mendaki hingga 10,000 kaki di pergunungan Aspen, Colorado supaya dia memahami bagaimana rasanya kekurangan oksigen yang pernah dialami oleh Ali dalam pusingan ke-15 melawan Joe Frazier.

“Saya mengarahkan dia berlari dan melontar tumbukan, lalu dia jatuh terduduk di atas salji. Saya menyuruhnya menulis nama Ali pada salji tersebut dan berkata ‘saya sudah faham’,” kata pengarah itu, memetik NME.

Gambar via NME

Selain itu, Ali yang ‘sebenar’ juga pernah dibawa ke dalam set penggambaran bagi melatih Will secara langsung agar kelihatan seperti seorang bekas juara angkat berat dunia.

“Dia berada di set lebih kurang tiga ke empat kalu untuk ‘mengganggu’ Will.

“Dia berada di sana untuk mengajar Will memperbaiki dialognya. Dia sering berkata, ‘Itu langsung tidak seperti saya’,” jelasnya.

Difahamkan, Foster turut bekerjasama dengan Smith dalam sembilan filem lagi dengan meletakkan Farhan Akhtar sebagai ‘rejim latihan kejam’ untuk drama Hindi Amazon Toofan yang ditayang pada 16 Julai tahun lalu.

Gambar via Google

Untuk rekod, Foster juga pernah melatih bekas juara tinju dunia, Sugar Ray Leonard selama 18 tahun, selain turut membimbing ramai lagi bintang Hollywood termasuk Woody Harrelson, Antonio Banderas dan Eddie Murphy.

Terdahulu, tular hari ini mengenai Will Smith yang dilapor pukul muka pelawak, Chris Rock gara-gara lelaki itu bergurau kasar tentang isterinya.

Tragedi memalukan tersebut berlaku secara terbuka di pentas semasa pelawak itu sedang mengacarakan majlis Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 hari ini.

Difahamkan, segalanya bermula apabila Chris Rock membuat kenyataan berbaur jenaka mengenai isterinya, Pinkett Smith.

Imbas kembali, Pinkett Smith pada tahun lalu pernah mencukur rambutnya gara-gara bergelut dengan penyakit Alopecia yang dihidapinya.

Sumber: NME

Faiz Mustafa