Siakap Keli
will smith pukul chris rock
Kredit: TIME

Will Smith Pukul Chris Rock Di Oscar, Gara-gara ‘Menganjing’ Pasal Isteri

Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith dilapor pukul muka pelawak, Chris Rock gara-gara lelaki itu bergurau kasar tentang isterinya.

Tragedi memalukan tersebut berlaku secara terbuka di pentas semasa pelawak itu sedang mengacarakan majlis Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 hari ini.

Difahamkan, segalanya bermula apabila Chris Rock membuat kenyataan berbaur jenaka mengenai isterinya, Pinkett Smith.

Imbas kembali, Pinkett Smith pada tahun lalu pernah mencukur rambutnya gara-gara bergelut dengan penyakit Alopecia yang dihidapinya.

“Jada, saya sayang awak. G1 Jane 2, tak sabar saya nak jumpa awak,” sindir Chris Rock kepada wanita itu.

Bagaimanapun kenyataan ‘jenaka’ yang diumum secara terang-terangan itu didengari ramai dan dipandang serius oleh Will Smith sendiri.

Gambar via Independent

Kenyataan itu mendorong Smith untuk berdiri dan naik menuju ke pentas, namun pengacara itu masih bergurau dengan ayat “Uh oh..”.

Smith kemudiannya terus memukul Chris di bahagian mukanya, lalu terus turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya.

Chris Rock yang baru dipukul itu kelihatan terkejut dan berkata, ” Will Smith baru sahaja memukul saya,”

Smith pula yang baru sahaja duduk di tempatnya semula berkata, “Jauhkan nama isteri aku dari mulut kau,”

“Wah kawan itu lawak G1 Jane 2,” kata Chris Rock lagi, terus menyindir.

“Jauhkan nama isteri aku dari mulut kau!” jerit Smith kepada pengacara itu sekali lagi.

Namun Chris Rock tetap ‘berjenaka’ dengan menjawab, “Ini adalah malam yang terhebat dalam sejarah siaran televisyen,” sebelum menyampaikan anugerah Dokumentari terbaik.

Dikatakan, bunyi pukulan Smith itu telah memutuskan siaran televisyen seketika. Perkara ini membuat agensi berita, Independent menghubungi wakil pelakon itu untuk mendapatkan penjelasan.

Selepas kejadian itu, Denzel Washinton, Bradley Cooper dan Tyler Perry muncul untuk menenangkan Smith.

Terdahulu, Amy Schummer dan Wanda Sykes menjadi hos dalam majlis tuan rumah di Regina Hall turut menyindir perkahwinan Smith dan Pinket Smith .

Berikutan pukulan itu, jenaka yang dibuat Rock tentang Pinkett Smith di Oscar 2016 muncul semula dalam talian.

Sumber: Independent

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?