Siakap Keli
Gambar via MakanLena

Wanita Kongsi Resepi ‘Sardin Homemade’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai orang yang suka beli makanan yang sudah ‘dipack’ di dalam tin seperti sardin. Hal ini kerana ia mudah untuk dimasak, hanya dengan membuka tin kemudian hangatkan dan siap untuk dimakan.

Namun, pernahkah kita terfikir yang sardin ini sebenarnya boleh dibuat sendiri. Tambahan pula, ia juga jauh lebih jimat kerana kuantitinya yang banyak dan lebih ‘fresh’ berbanding di dalam tin.

Jadi, bagaimana cara-cara untuk membuat sardin versi ‘homemade‘ sama seperti yang terdapat di dalam tin?

Oleh itu, marilah sama-sama kita mencuba resepi sardin homemade yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah dalam Masak Apa Harini (MAHN)

Wanita Kongsi Resepi ‘Sardin Homemade’

Salam. Siapa ada pressure cooker? Jadi tukun ke atau memang guna harian?

Jangan jadi tukun tau. PC ni bibik paling membantu kat dapur. Kalau kat rumah dah ada PC ni, pakai ok. Bukan pakai setahun sekali je

Jom kita buat Sardin Homemade. Tak perlu beli dalam tin lagi dah. Yang penting dijamin kebersihannya.

Ni kita share resepi :

RESEPI SARDIN HOMEMADE

Antara bahan yang diperlukan ialah 1 kg ikan selayang @mackerel. Kemudian, kisarkan 1 biji bawang holland, 1 biji tomato dan 5 ulas bawang putih.

Seterusnya, masukkan 1 tin tomato puree, 1 tin air guna tomato puree, 3 senduk minyak masak, 5-6 biji cili padi kalau nak pedas, 2 sk rata garam dan masukkan semua dalam periuk. 

Set MEAT 60 minit

SIAP!

Senang sangat kan guna pressure cooker.

Gambar Facebook Tsu Feh Sufiah
Gambar Facebook Tsu Feh Sufiah
Gambar Facebook Tsu Feh Sufiah
Gambar Facebook Tsu Feh Sufiah
Sumber: Facebook Tsu Feh Sufiah

 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?