Siakap Keli
Ribut
Gambar Hiasan via Sinar Harian

Awas, 12 Negeri Ini Dijangka Bakal ‘Dibedil’ Ribut Petir Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Seterusnya adalah Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagi Sarawak, daerah yang terlibat adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit, Kapit (Song) dan Limbang.

Manakala Sabah pula, daerah yang terlibat adalah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tangod) dan Kudat (Kota Marudu).

Data terkini telah dikeluarkan oleh MET Malaysia pada jam 5.00 petang tadi.

Sumber: MET Malaysia

Faiz Mustafa