Siakap Keli
pulang

Lebih Setahun Terkandas Di Singapura, Lelaki Gembira Kepulangan Disambut Anjing Kesayangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lalu, sempadan darat antara Malaysia dan Singapura telah dibuka dan sekaligus membolehkan rakyat Malaysia yang bekerja di sana pulang semula ke tanah air.

Pastinya ia merupakan saat yang paling bermakna buat mereka kerana ada yang sudah lebih tiga tahun tidak dapat berjumpa dengan keluarga masing-masing dek kerana pandemik.

Air mata kegembiraan menjadi saksi detik-detik ketika mereka dapat bersua kembali.

Pun begitu, berbeza pula dengan sebuah video tular ini yang memaparkan kerinduan haiwan peliharaan terhadap pemiliknya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @paandichelsea di TikTok, dua ekor anjing miliknya dilihat  sangat teruja dan gembira dapat bertemu dengannya semula.

Belum sempat masuk ke dalam rumah, Paandi telah ‘diserang’ oleh anjing-anjing tersebut dan melayan mereka hingga terbaring di atas lantai.

Setahun lebih tak balik

Ketika dihubungi oleh SK, Paandi berkata hampir setahun lebih dia meninggalkan haiwan peliharaannya itu dan pergi bekerja ke Singapura.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di TikTok.

@paandichelsea

Finally after 486 days….. I meet my babies Simba and Nala🥰😭☹️#goldenretriever #lehlusimbanala #singaporelockdownparithapangal #doglover #simba #Nala

♬ original sound – 🔵Paandi Chelsea🔵 – 🔵Paandi Chelsea🔵

Terdahulu, kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang lengkap vaksinasi mulai 1 April lalu.

Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin atau melakukan ujian COVID-19 termasuk ujian sebelum bertolak dan semasa ketibaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama berkata bahawa kemudahan tersebut adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.

Susulan itu, Tambak Johor menyaksikan ribuan orang awam yang keluar masuk ke kedua-dua negara itu bermula 1 April lalu.

Rata-rata orang awam menanti keluarga masing-masing melepasi sempadan ketika malam yang penuh bermakna itu.

Bahkan, sorakan keterujaan rakyat Malaysia yang dapat pulang ke tanah air dapat didengari pada malam itu.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata semua pelawat jangka pendek yang lengkap divaksin tidak perlu lagi membeli insurans perjalanan wajib.

Bagaimanapun, pengembara masih digalakkan untuk membeli insurans perjalanan sebagai perlindungan luar jangka ketika mengembara.

Sumber: paandichelsea

Sofea

There's always another side to every story