Siakap Keli
Gambar Denaihati via Google

Rasa Macam Yakin Amalan Ibadah Tu Betul, Rupanya Salah, Ini Jawab Dr. Zulkifli

Bulan Ramadan telah tiba lagi, setiap umat Islam boleh mengisi masa terluang dengan mengerjakan pelbagai ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Setiap satu amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadan ini akan dihitung sebanyak 10 kali ganda berbanding bulan-bulan biasa. Pada bulan ini juga berlakuya malam Lailatul Qadar.

Namun pernahkah anda melalui fasa sebegini, iaitu rasa seakan yakin dengan sesuatu amalan ibadah yang dikerjakan, namun apabila diteliti semula, rupa-rupanya ia salah.

Apakah status ibadah tersebut? Adakah kita perlu mengulanginya semula supaya ia ‘dikira’ atau membiarkannya saja?

Mari ikuti penjelasan oleh Mantan Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui Maktabah al-Bakri di bawah ini.

Rasa Macam Yakin Amalan Ibadah Tu Betul, Rupanya Salah, Ini Jawab Dr. Zulkifli

Gambar Twitter Maktabah al-Bakri

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah perlu diganti semula sesuatu ibadah yang telah dikerjakan dengan yakin, namun kemudiannya didapati ia adalah salah?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Perkara adalah mengikut kepada situasi. Sebagai contoh, dalam isu menghadap kiblat, Imam al-Nawawi menjelaskan: “Sesiapa yang solat dengan ijtihad lalu yakin telah tersilap, dia perlu melakukan qadha’ mengikut pendapat yang zahir, sekalipun dia jika yakin padanya (kemudian diketahui salah) wajib dia memulakan semua (qadha).”[1]

Antara contoh lain, dalam itu jika terlihat najis di badan selepas solat, Imam al-Nawawi menyebut: “Mazhab kami (al-Syafie) mengatakan sesungguhnya menghilangkan najis itu ialah syarat sah solat. Justeru, jika seseorang mengetahuinya, maka tidak sahlah solatnya tanpa khilaf. Sekalipun dilakukannya kerana lupa atau jahil, maka mazhab menyatakan bahawa solatnya tetap tidak sah.”[2]

Meskipun begitu jika boleh diandaikan contohnya, selepas solat dan menyedari najis tahi cicak di tapak kaki selepas beberapa minit, maka diandaikan najis itu datang terkena kepada badan selepas solat bukan semasa di dalam solat.

Wallahu a’lam.

Sumber: Twitter Maktabah al-Bakri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?