CYBERJAYA – Sebanyak 10,002 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan terkini mangsa jangkitan meningkat kepada 4,256,469 orang.
Manakala, 28 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan termasuk tujuh kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID), direkodkan setakat tengah malam semalam.
Memetik kemasikini di laman COVIDNOW, kes baharu Covid-19 melibatkan kematian menjadikan jumlah kes di Malaysia bertambah kepada 35,127 kes.
Bagi pecahan kes mengikut kategori, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,495 kes positif Kategori 1 dan 4,428 kes termasuk dalam Kategori 2.
Bagi Kategori 3, sejumlah 30 kes positif COVID-19 dicatatkan setakat 4 April, manakala 33 kes dalam Kategori 4 dan 26 kes Kategori 5.
Kes aktif melibatkan penggunaan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 140 kes, manakala 96 kes lagi tidak menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sumber: COVIDNOW