Siakap Keli
musalla al abrar
Gambar: Bernama

Musalla Al-Abrar, Surau Unik Berbentuk Kiub Di Sungai Penchala

Seni bina masjid atau surau yang biasa kita lihat adalah yang reka bentuknya dilengkapi ciri-ciri Islamik seperti bulan dan bintang pada bahagian kubah di bumbung.

Namun, ada juga reka bentuk lain yang tidak digandingkan dengan kubah pada bahagian bumbung masjid atau surau seperti yang dikongsikan oleh Bernama hari ini.

Menurut tinjauan wartawan Bernama, terdapat sebuah surau yang reka bentuknya lain daripada yang lain iaitu Musalla Al-Abrar. Jika biasanya surau lain berkubah, namun ia tidak wujud di surau ini.

Surau unik tanpa kubah berbentuk segi empat ini terletak di Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Uniknya, ia mengenakan reka bentuk lain daripada yang lain iaitu tanpa kubah beserta bulan bintang.

Tidak hanya itu, landskap di sekelilingnya juga turut ‘dipagari’ oleh pemandangan serba kehijauan daripada pokok-pokok yang hidup segar. Sekali pandang, surau unik ini seakan berada di dalam hutan.

“Pengunjung yang melalui Jalan Sungai Penchala pasti tidak akan terlepas pandang dengan sebuah bangunan konkrit berwarna putih kelabu yang dipenuhi dengan landskap tumbuhan hijau.

Gambar via Bernama

“Sepintas lalu pemandangan bangunan itu tidak ubah seperti sebuah bangunan pejabat, namun apabila menjengah ke dalam kawasan bangunan itu, ia sebenarnya adalah sebuah surau yang dinamakan Musalla Al Abrar dengan struktur binaannya berbentuk kiub dan keseluruhan dinding menggunakan batu angin.

Gambar via Bernama
Gambar via Bernama

Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur,” lapor Bernama.

Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik Bernama, anda boleh lihat sendiri betapa kemasnya rekaan seni bina surau konkrit ini. Tidak memerlukan warna cat yang pelbagai, cukup hanya putih yang mendamaikan.

Difahamkan, dindingnya pula menggunakan batu angin yang membolehkan pengudaraan dapat disalurkan dengan baik secara semulajadi. Pendek kata, anda pasti sukar untuk berpeluh jika berada di sini.

Jika melihat kepada dekorasi ruang dalamannya, surau ini dipercayai menggunakan konsep industri. Ini boleh diperhatikan melalui reka bentuk sistem perpaipan, warna dinding serta jenis barang yang digunakan.

Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama
Gambar via Bernama

Sumber: Bernama

Faiz Mustafa