Siakap Keli
pokok tumbang Hotel Shangri-La
Gambar: Bomba

Tragedi Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Lagi Cedera

Tragedi Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Lagi Cedera

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki maut termasuk seorang lagi dilaporkan cedera dalam satu kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi, PBK II Muhammad Amirudin bin Mohd Hassan berkata dalam kejadian tersebut dua orang mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh pihaknya.

“Salah seorang mangsa berumur 47 tahun disahkan meninggal dunia dan seorang lagi berumur 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakkan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sekitar jam 2.19 petang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

Difahamkan insiden itu mengakibatkan 17 buah kenderaan dihempap, landasan monorel dan fasiliti awam di lokasi kejadian.

BACA: Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas – Shahril

“Seramai 20 anggota Bomba dari BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan 3 unit jentera FRT.

Tambah Amirudin, operasi kerja-kerja menyelamat dan pemotongan serta pembersihan sedang giat dilakukan oleh anggota bomba dalam mengenal pasti mangsa yang masih terperangkap.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?