Siakap Keli
pokok tumbang jalan sultan ismail
Sumber: Astro Awani

Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Di Depan Hotel Concorde

Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Di Depan Hotel Concorde

KUALA LUMPUR 7 Mei (Bernama) — Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang berhampiran Hotel Concorde.

Bernama difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika aliran trafik sesak di kawasan terbabit.

Pokok tersebut juga dipercayai turut menghempap kawasan pejalan kaki dan laluan transit aliran ringan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sedang mengawal lalu lintas dan melakukan tugas-tugas menyelamat di kawasan terbabit.

BACA: Pekebun Kecil Sawit Digalak Sertai SPOC, Laksanakan MSPO

Sumber: BERNAMA

Sharifah Hannah Adibah