Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Jangan Paksa, Ibu Hamil Perlu Berbuka Puasa Jika Ada 7 Tanda Bahaya Ini

Apabila menjelangnya Ramadan, antara yang menjadi kegusaran untuk wanita hamil pastinya persoalan adakah mereka boleh berpuasa atau tidak.

Sekiranya tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan baik dan yakin tidak membawa kemudaratan kepada diri dan kandungan, maka ibu secara umumnya adalah dibolehkan berpuasa menurut Islam.

Namun, jika timbul kebimbangan mengenai masalah kesihatan dan keadaan bayi, ibu boleh membatalkan niat untuk berpuasa demi keselamatan diri dan anak yang dikandung. 

Bagi ibu hamil yang memilih untuk berpuasa, anda wajib mengetahui beberapa tips penting dan tanda bahaya ini untuk mengelakkan kesan buruk yang mungkin berlaku kepada diri dan bayi dalam kandungan.

Tapi sebelum tu, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dahulu untuk berpuasa atau tidak ya kerana doktor yang menentukan tahap kesihatan anda dan kandungan kerana keadaan mengandung bagi setiap wanita adalah berbeza.

Ini tips yang dikongsikan oleh Hello Doktor bagi membantu semua ibu untuk melakukan ibadah puasa dengan selamat.

1) Bersahur

Tidak bersahur akan menyebabkan anda berasa lesu sepanjang hari kerana kekurangan tenaga. Jadi pastikan ibu ambil sahur ya!

2) Kekal terhidrat

Minum air secukupnya semasa sahur dan berbuka untuk memastikan diri terhidrat. Buah-buahan dan sayuran tinggi kandungan air juga boleh membantu ibu sepanjang berpuasa.

3) Diet seimbang

Pilih makan yang mempunyai diet seimbang kerana menu diet ibu mengandung haruslah mempunyai nutrien mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin dan serat.

4) Kawal saiz hidangan

Makan sebanyak yang diperlukan untuk berasa kenyang tetapi ibu jangan berlebihan ya bagi mencegah penambahan berat badan atau ketidakselesaan.

5) Kekal aktif

Melakukan senaman sederhana juga dapat membantu ibu untuk mengekalkan tahap tenaga seperti berjalan pantas atau yoga.

Dah ikuti semua tips tersebut? Ha, ibu perlu perhatikan pula dan alert dengan tujuh tanda bahaya ini ketika berpuasa semasa mengandung. Menurut Hello Doktor, ibu hamil diperlukan untuk berbuka puasa jika mempunyai tanda-tanda seperti di bawah.

1) Mabuk pagi teruk

Ia adalah satu keadaan normal bagi wanita pada awal kehamilan untuk mengalami mabuk pagi. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya dan muntah-muntah.

Tetapi ada kalanya mabuk pagi yang dialami boleh menyebabkan anda kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, ibu dinasihatkan untuk berbuka puasa.

Sekiranya ibu berkeras untuk berpuasa, dibimbangi akan mengakibatkan kemudaratan kepada janin. Pastinya ibu tak mahu ia terjadi, bukan? Jadi berbukalah.

2) Hilang berat badan

Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan.

Tetapi jika anda sedang hamil dan berpuasa, tidak mengalami pertambahan berat badan atau berat anda semakin berkurangan, ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

3) Kurang kencing dan kerap rasa dahaga

Berasa dahaga adalah situasi normal ketika berpuasa. Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan.

Ia boleh menyebabkan ibu terdedah kepada risiko jangkitan saluran kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain. Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

4) Pening

Mengalami sakit kepala atau pening adalah petanda ibu mungkin berada dalam keadaan tertekan atau keletihan.

Jika anda sedang hamil dan berpuasa, dan anda berdepan rasa pening, itu adalah antara tanda bahaya berpuasa yang tidak boleh diabaikan.

Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan. Pastinya ia bahaya untuk mereka yang berbadan dua.

5) Bayi kurang bergerak

Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu dan ke atas perlu memantau pergerakan bayi.

Sekiranya ibu berasa gerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor ya.

6) Hampir dengan due date

Apabila berpuasa, ibu mungkin akan mengalami kekurangan tenaga. Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika ibu sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin.

Pada ketika ini, ibu perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak. Jadi, sekiranya ibu betul-betul tidak larat maka ibu dibolehkan untuk berbuka puasa, tapi sekiranya masih mampu, boleh teruskan berpuasa, okay?

7) Kontraksi

Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil. Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu.

Sekiranya ibu berasa sakit seperti ingin bersalin, ia mungkin tanda kelahiran pramatang. Ibu perlu segera mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Susu Wildan Mama Premium

Di samping mengetahui tips dan tanda bahaya yang dikongsikan di atas, para ibu yang berpuasa semasa hamil boleh cuba amalkan Susu Wildan Mama Premium sebagai alternatif tambahan.

Ini kerana, Susu Wildan Mama Premium ini diformulasi khas untuk ibu mengandung dan mempunyai bahan-bahan terbaik yang mampu melengkapkan nutrisi ibu sepanjang kehamilan.

Susu Wildan Mama Premium mempunyai kandungan kurma, gam arab dan habbatussauda. Gam arab diperkaya dengan prebiotik yang dapat membantu menguatkan daya ketahanan tubuh ibu, kurma kaya dengan zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dan membantu membekalkan tenaga tambahan.

Manakala habbatussauda pula kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi serta membantu mengekalkan tekanan darah ibu berada tahap normal.

Apabila ibu mengambil Susu Wildan Mama Premium ketika bersahur, ibu akan mempunyai tenaga dan tidak akan berasa lesu ketika berpuasa seperti kebiasaannya.

Ini kerana Susu Wildan Mama Premium mampu membekalkan tenaga tambahan kepada ibu sekaligus meningkatkan sistem imuniti badan. Jadi, ibu bertenaga sepanjang hari dan tidak mudah mendapat sakit.

Malah, tanda bahaya puasa untuk ibu mengandung seperti pening kerana hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan dan kekurangan tenaga juga boleh dielakkan. Ini disebabkan ibu sudah mengambil susu yang mempunyai zat lengkap untuk tubuh ketika sahur dan ia juga membantu ibu lebih bertenaga sepanjang hari berpuasa.

Selain itu, ibu yang pernah mengambil Susu Wildan Mama Premium berjaya mengatasi antara masalah yang menghalang ibu untuk berpuasa iaitu rasa mual dan loya teruk selain membantu menaikkan bacaan hemoglobin (HB) darah ibu.

Kalau ibu yang tidak suka perisa asli, boleh dapatkan Susu Wildan Mama Premium dalam perisa vanilla di mana kedua-dua perisa ini dijamin mempunyai rasa yang sedap.

Jadi, tak hairanlah kenapa Susu Wildan Mama Premium keluaran Wildan Niaga Sdn Bhd ini menjadi antara rangkaian produk Susu Kambing Wildan yang sangat popular dan pilihan utama ibu mengandung. 

Paling penting, jika ibu-ibu terjaga sahur lewat dan tidak sempat menyediakan juadah sahur untuk berpuasa, ibu-ibu boleh bancuh susu Wildan Mama Premium dan susu Wildan Family untuk seisi keluarga dengan hanya tambah air sahaja. Senang kan?

Ia bukan sahaja sangat mudah disediakan bahkan memberi rasa kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang berpuasa. Jangan lupa simpan untuk simpan stok susu Wildan Mama Premium dan susu Wildan Family untuk kebaikan seisi keluarga.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ha ini lah masanya untuk grab promosi bagi susu Wildan Adek. Dengan pembelian tiga kotak susu Wildan Adek, sebuah buku Super Sofia (Welcome Ramadhan) dan satu pek mini kurma Ajwa secara PERCUMA akan diberikan. Tapi kena cepat, sebab promosi ini akan berakhir pada 12 April ini sahaja.

Bagi ibu bapa yang masih belum tahu, susu Wildan Adek merupakan susu kambing dengan khasiat Vitamin A, D, E dan K untuk membekalkan minuman dan makanan berkhasiat serta vitamin penting untuk kanak-kanak.

Tak cukup dengan itu, campuran beberapa makanan sunnah seperti delima, kismis, kurma, arabic gum dan madu yang diformulasikan di dalam susu membantu proses tumbesaran kanak-kanak yang sihat, perkembangan minda yang cerdas, serta penghadaman yang lebih baik selain menambah zat makanan dan tenaga serta menguatkan imuniti badan.

Tak perlu risau jika anak tidak minum kerana susu Wildan Adek didatangkan dengan tiga perisa iaitu strawberi, vanila dan coklat yang tentunya digemari ramai kanak-kanak.

Sewaktu Ramadan ini, elok sangat lah jika ibu bapa bekalkan anak-anak dengan secawan susu Wildan Adek semasa sahur supaya anak-anak merasa bertenaga dan tidak lesu ketika berpuasa.

Ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan susu Wildan Adek sewaktu promosi di bulan Ramadan, pesan sahaja dengan menekan link https://promoadekramadhan.wasap.my okay. Cepat, sebelum promosi berakhir 12 April ini!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.