Siakap Keli
bila nak raya

Lokasi Paling ‘Berhantu’ Bila Nak Raya, Hati-Hati Suami Kalau Isteri Mintak Datang Sini

Bila nak raya nanti, mak-mak la golongan paling teruja jadinya. Bukan setakat tu je, yang sibuk sekali mereka lah jugak. Mana taknya, sebab nak rancang membeli itu ini. Kalau tak nanti, tak lengkap la rasa sambutan raya. Semua jenis nak tukar. Macam baju baru, langsir baru, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sambut setahun sekali katakan.

Tapi satu tempat ni, paling ‘berhantu’ sebab di sini semua kelengkapan raya ada. Sebut sahaja barang apa yang dicari, ada di KWC Fashion Wholesale. Daripada perhiasan rumah, baju raya, kuih raya hinggalah bazar Ramadhan, ada di sini.

Shop Lot: Harry Collections (3A-65), Rose Collections (3A-17)
Shop Lot: MFashion (L1-30), Emanuel Femme (L3A-41)

Jadi geng suami kenalah ‘berjaga-jaga’ kalau ke sini. Sekejap je terleka, boleh ‘hilang’ isteri dari pandangan. Bukan apa, kat KWC ni ada lebih 800 kedai menjual bermacam-macam kelengkapan raya dengan harga berpatutan.

Masa ni la untuk semua ahli keluarga shopping sakan bersama-sama. Jangan risau nak kelam kabut sebab KWC dah panjangkan masa beroperasi dari pukul 9 pagi sampai la 8.30 malam. Masa bermula dari 9 April hingga 2 Mei.

Selain dapat tengok baju-baju raya yang cantik secara fizikal di KWC, anda boleh juga check barang-barang yang ada secara online. Anda akan rasa sangat seronok bila tengok E-Majalah Cetusan Syawal. Layari je laman sesawang kenangacity.com.my untuk maklumat lanjut. Tengah-tengah scroll e-majalah tu, boleh la dapat idea nanti nak gaya baju macam mana masa raya nanti. Lepas tu, senang pergi beli je di KWC. Banyak pilihan yang boleh anda tengok sambil meluangkan masa di rumah sahaja di e-majalah KWC ni.

Selain berbelanja sahaja, anda juga boleh tebus pelbagai hadiah menarik lepas tu. Berbaloi betul macam tu sebab rasa sangat puas hati dengan pembelian. Bila anda belanja RM80 ke atas, baru anda boleh tebus hadiah. Hadiah yang ada seperti Sampul Raya, 14 Set hidangan seramik istimewa, Set 24 Stainless Steel Kutleri dan banyak lagi.

Kalau dah macam ni, mana tak rambang mata kan! Untuk yang tak tau, KWC sekarang menawarkan pelbagai jenis baju raya yang ikut fashion terkini. Baru la dapat melaram sakan waktu raya nanti. Memang tak dilabel ketinggalan zaman la masa pergi sambut perayaan tahun ni. Selain tu juga, dapat la beli baju raya yang sedondon satu keluarga. Comel dan seronok je tengok nanti bila berkumpul beramai-ramai.

Yang menariknya, KWC kali ni telah memfokuskan tema raya yang diinspirasikan dengan keunikan Rumah Melaka Tradisional. Digunakan sebagai hiasan pusat beli-belah tersebut untuk pamer budaya unik Baba Nyonya. Boleh la anda nak ber-OOTD bersama keluarga tersayang ataupun rakan bila dah seronok shopping macam-macam nanti. Tak rugi sebab dapat membuat memori terindah di KWC.

Peraduan Syioknya Raya Facebook Dengan Afieq Shazwan

Selain tu, anda juga boleh berpeluang memenangi sesi meet and greet dengan satu-satunya Afieq Shazwan. Senang je kalau nak dapat peluang ni. Anda cuma perlu memasuki peraduan Facebook dari 9 hingga 13 April 2022. Selepas tu, anda cuma perlu lengkapkan kapsyen “Saya meminati Afieq Shazwan kerana… dan KWC adalah…” dan kemudian tag tiga rakan.

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #KWCSyioknyaRaya #AfieqShazwan #KWCFashionWholesale. 10 pemenang bertuah akan dipilih.

Selain semua perkara menarik yang telah ditawarkan KWC, anda juga boleh join FB Live KWC pada 6, 13, dan 20 April 2022. Semasa live tu, anda boleh memenangi banyak diskaun dan hadiah yang best-best. Temanya ialah Warisan Lebaran 2022. Masa ni la nak kejar promosi raya sakan. Dalam live tu akan ada banyak butik menjual pakaian raya untuk seisi keluarga dengan tawaran menarik. Ada juga Influencer terkenal seperti Nurhayati Tahir, Addy Junaidy, Fira Dahlan dan Pemenang KWC Model Search 2022.

Akhir sekali, KWC akan mengadakan Bazaar Ramadan dari 3 April sampai 2 Mei 2022. Banyak makanan dan minuman kegemaran boleh dibeli untuk dibuat berbuka. Memang sampai tak dapat nak pilih mana nak beli nanti. Untuk maklumat yang lebih lagi, pergi je ke laman Facebook KWC atau layari laman sesawang KWC sahaja.

Nor Fakhry