Siakap Keli
lelaki ekor
Gambar: Mirror

Lelaki Ini Kini Tampil Lebih Yakin Lepas Video Tunjuk Ekor Di Media Sosial Tular

Nepal – Seorang lelaki dari Nepal sempat mendapat sorotan warganet setelah berani menunjukkan ekor berbulu yang sudah sekian lama tumbuh di bahagian belakang badannya.

Lelaki berusia 16 tahun itu mengaku pada mulanya malu mempunyai ekor sepanjang 70 sentimeter yang jelas kelihatan di belakangnya. Namun dia akhirnya mengambil keputusan tidak mahu lagi menyembunyikan ekor tersebut.

Keadaan lelaki berkenaan disedari ibu bapanya ketika dia masih berusia lima hari dan mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk membuang ekor tersebut.

Ketika masih kecil, ibu bapanya pernah membawa dia ke beberapa buah hospital, baik di negara asalnya, Nepal hingga ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Namun selepas tular di media sosial kerana keadaannya yang unik, remaja berkenaan mengaku semakin selesa menunjukkan ekor miliknya kepada dunia, lapor Mirror.

“Ibu bapa saya kini sudah biasa dan saya setuju menunjukkan ekor saya.

“Sekarang saya tidak lagi berasa kurang selesa menunjukkannya.

“Sebuah video saya tular di TikTok dan sekarang ramai orang mengenali saya sebagai seseorang yang berekor, saya senang akan hal itu,” ujar remaja lelaki berkenaan memetik laporan Mirror.

Oleh kerana keadaannya yang unik, lelaki tersebut turut memancing perhatian salah seorang penerbit filem di Nepal dan ditemu ramah.

“Ibu bapanya tidak tahu tentang keadaan ini sehingga mereka membawanya pulang dari hospital, lima hari setelah dilahirkan.

“Mereka membawanya ke hospital berbeza untuk mendapatkan rawatan sewajarnya, tetapi tiada usaha yang dapat menghalang ekornya dari membesar.

“Kemudian, mereka berbincang dengan paderi dan diberitahu supaya tidak menyikat atau menggunakan sebarang alat untuk memotong ekor itu,” kata penerbit filem berkenaan yang turut merakam ekor unik lelaki tersebut.

Sumber: Mirror

Eyla Azri