Siakap Keli
ronaldo hempas telefon
Gambar via Twitter

Telefon Kena Hempas, Penyokong Everton Tolak Pelawaan Ronaldo Tonton Perlawanan Di Old Trafford

Seorang peminat Everton menolak pelawaan bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo untuk menonton perlawanan di Old Trafford selepas pemain Manchester itu hempas telefon bimbit miliknya.

Insiden tersebut berlaku selepas selesai perlawanan Manchester United menentang Everton pada Sabtu lalu, di mana kemenangan berpihak kepada Everton.

Ketika berjalan keluar dari padang, Ronaldo secara tiba-tiba menghempas telefon berkenaan, ketika pemiliknya yang juga peminat pasukan pesaing mereka sedang merakam kelibat pemain itu masuk ke dalam bilik persalinan.

Menurut ibu kepada pemilik telefon tersebut, anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan seorang penghidap autism serta dyspraxia, trauma dengan tindakan pemain yang berasal dari Portugal itu.

Ronaldo minta maaf, pelawa tonton perlawanan di Old Trafford

Insiden ini turut disiasat oleh pihak polis dan Ronaldo telah pun meminta maaf secara terbuka melalui platform media sosial atas perbuatan hempas telefon bimbit tempoh hari.

“Menangani emosi dalam keadaan sukar seperti yang kami hadapi nukanlah perkara yang mudah.

“Pun begitu, kita haruslah saling menghormati, sabar dan menunjukkan tauladan yang baik kepada golongan muda yang sukakan perlawanan yang baik.

“Saya ingin meminta maaf kerana perbuatan saya dan kalau boleh saya ingin mengajak penyokong ini untuk menonton sebuah perlawanan di Old Trafford sebagai simbol keadilan dan semangat kesukanan,” jelas Ronaldo melalui hantaran di laman Instagram.

Pun begitu, ibu kepada penyokong Everton itu memaklumkan bahawa anaknya tidak akan menerima pelawaan Ronaldo untuk menyaksikan perlawanan di Manchester United.

“Pada pandangan saya, jika seseorang menyerangnya (anak) di jalan dan kemudian mengajak dia makan malam bersama, kami tidak akan terima.

“Kenapa kami perlu lakukannya hanya kerana dia Cristiano Ronaldo?

“Seperti kami pula terhutang budi padanya, tapi maaf, kami tidak,” kata wanita berkenaan.

Tambahnya, keputusan untuk menolak pelawaan itu sendiri adalah dari anaknya dan perkara berkait insiden itu telah diserahkan kepada pihak polis.

“Kami menolak pelawaan ke Manchester United dengan cara baik kerana anak saya tidak mahu ke sana dan menolak berjumpa Ronaldo.

“Dia telah menyatakannya dengan jelas, ia bukan keputusan saya, tetapi anak saya,”ujarnya memetik laporan 90 Min.

Sumber: 90 Min

Eyla Azri