Siakap Keli
shanghai laksana lockdown
Gambar via Apex World News & Witty Doc

Shanghai Laksana Lockdown, Penduduk ‘Degil’ Tak Mahu Kuarantin Terpaksa ‘Dihukum’

Shanghai laksana lockdown berikutan kes COVID-19 yang kembali meningkat, namun ada penduduk degil tidak mahu kuarantin.

Peningkatan semula virus COVID-19 yang melanda China akhir-akhir ini menyebabkan negara itu terpaksa melaksanakan semula “lockdown” terhadap rakyatnya.

Sehingga kini, kes COVID-19 di China menunjukkan peningkatan apabila hampir 30 juta kes direkodkan, menjadikan angka itu adalah paling teruk pernah direkodkan sejak virus muncul di Wuhan pada 2019.

Berdasarkan laporan kebanyakan media, ketika ini ibu negara, Shanghai dilapor sedang ‘bertarung sengit’ menentang varian baharu Omicron.

Difahamkan, pada peringkat awal kerajaan menyeru kepada rakyat supaya melakukan kuarantin di rumah sebagai cara untuk menangani wabak tersebut. Namun, pendekatan itu akhirnya mencetuskan perdebatan hangat di media.

Menurut laporan media, sebanyak 6,740 pesakit COVID-19 telah dibenarkan keluar dari Hospital Sementara di Pusat Ekspo Antarabangsa Shanghai kelmarin. Ia juga merupakan bilangan pesakit terbesar yang dibenarkan keluar dari hospital.

Perintah berkurung ini adalah inisiatif bagi mengekang penyebaran virus itu daripada terus merebak dalam kalangan rakyatnya. Kali ini, kerajaan China dilihat lebih tegas dalam menjalankan perintah berkurung.

Hal ini kerana masih ada sebilangan rakyatnya yang disyaki degil dan tidak mahu menjalani tempoh perintah berkurung, sama ada duduk di rumah mahupun di kem kuarantin yang telah disediakan.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Apex World News, kelihatan kelibat sekumpulan petugas barisan hadapan yang terpaksa berdepan dengan karenah degil seorang individu awam.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki awam telah ditangkap oleh pihak berkuasa China gara-gara enggan mengikuti mereka ke kem kuarantin.

Menurut Apex World News, bandar Shanghai telah menjalankan perintah berkurung ke atas penduduknya kira-kira dua minggu setakat ini.

Dalam satu lagi video yang tular, turut kelihatan seorang warga tempatan yang ditahan dipercayai kerana tidak mahu menuruti arahan pihak berkuasa.

Lelaki itu cuba bertindak agresif, namun dengan pergerakannya dikunci dengan alatan khas dan pihak berkuasa dapat menenangkan keadaan itu.

Dalam masa sama, lelaki itu disyaki turut melanggar peraturan dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kawasan luar.

Difahamkan, kerajaan China mengambil serius dengan isu kedegilan rakyat yang tidak mengikuti perintah dan mahu menanganinya dengan segera.

Sumber: Apex World News ,Witty Doc

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?