Siakap Keli
sri lanka muflis
Gambar: AFP

Sri Lanka Muflis, Rayu Rakyat Luar Negara Hantar Wang

Sri Lanka merayu rakyatnya di luar negara untuk ‘menghantar’ wang ke tanah air bagi membantu menampung bayaran makanan dan minyak selepas hutang negara mencecah RM215 bilion, lapor AFP.

Gabenor Bank Pusat, Nandalal Weerasinghe berkata, beliau meminta rakyat Sri Lanka di luar negara untuk membantu negara pada saat genting ini dengan ‘menderma’ sebarang pertukaran asing yang amat diperlukan.

Rayuan itu dibuat sehari selepas kerajaan Sri Lanka mengumumkan untuk menangguh bayaran balik semua hutang luar negara bagi menambah bekalan petrol, farmaseutikal dan keperluan lain.

Dalam masa sama, beliau turut menyediakan akaun bank untuk menderma di Amerika Syarikat, Britian dan Jerman, serta  berjanji kepada ekspatriat di Sri Lanka bahawa wang itu akan dibelanjakan ke tempat yang memerlukan.

“Ia bagi memastikan bahawa pemindahan mata wang asing itu akan digunakan hanya untuk mengimport barangan keperluan termasuk makanan, bahan api dan ubat-ubatan,” kata Weerasinghe dalam satu kenyataan, memetik AFP.

Bagaimanapun, rayuan Weerasinghe tersebut disambut dengan penuh keraguan daripada rakyat Sri Lanka sendiri di luar negara setakat ini.

Rakyat tidak percaya kerajaan

Ini terbukti menerusi beberapa luahan orang awam yang ditemui pemberita AFP bagi mengulas berkenaan rayuan tersebut.

Seorang jurutera perisian Sri Lanka di Kanada berkata, beliau tidak yakin bahawa wang itu akan dibelanjakan untuk golongan yang memerlukan.

“Ini boleh terjadi dengan cara yang sama seperti dana tsunami,” katanya kepada AFP, merujuk kepada berjuta-juta dolar yang diterima di Sri Lanka sebagai bantuan selepas bencana Disember 2004 yang meragut sekurang-kurangnya 31,000 nyawa ketika itu.

Menurut AFP, sebahagian besar sumbangan wang tunai asing yang didermakan untuk mangsa yang terselamat dikhabarkan berakhir ke dalam poket ahli politik ketika itu.

Ia termasuklah perdana menteri sendiri, Mahinda Rajapaksa yang akhirnya terpaksa memulangkan semula dana bantuan tsunami tersebut yang dikreditkan ke akaun peribadinya.

“Kami tidak kisah untuk membantu, tetapi kami tidak boleh mempercayai kerajaan dengan wang tunai kami,” kata seorang doktor Sri Lanka di Australia kepada AFP, meminta namanya dirahsiakan.

Menurut AFP, negara itu mengalami krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan pada tahun 1948 lalu dengan mengalami kekurangan barangan keperluan yang teruk.

Pihak berkuasa kini sedang menangani kemarahan orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan untuk menuntut perletakan jawatan kerajaan sebelumnya bagi menyelamatkan Dana Kewangan Antarabangsa.

Sumber: AFP via Gulf News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?