Siakap Keli

Bayi Nyaris Lemas, Nafas Tercungap-cungap Selimut Tertutup Muka Semasa Tidur

Setiap orang mempunyai tabiat tersendiri setiap kali mahu tidur. Ada yang memerlukan bantal busuk untuk mendapatkan tidur yang lena. Ada juga yang menarik selimut hingga menutup muka supanya lebih segera dapat melelapkan mata. Tetapi untuk pasangan yang mempunyai bayi, anda mungkin perlu memikirkan semula sesetengah tabiat tidur yang ada, seperti meletakkan selimut disekeliling tempat tidur.

Kenapa? Kerana malang tidak berbau. Siapa sangka kerana selimut sehelai, nyawa anak kesayangan anda mungkin berada dihujung tanduk.

Seperti satu rakaman video CCTV yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @wagyukubb menyaksikan seorang bayi terjaga di tengah malam dan terlihat seperti dalan keadaan lemas akibat terperangkap dengan selimutnya.

Difahamkan, ibunya tidur nyenyak dan tidak sedar apa yang berlaku. Suara bayi ini kedengaran seperti sukar bernafas gara-gara selimut tersebut menutupi seluruh mukanya.

Dalam beberapa saat, dipercayai ayah kepada bayi ini masuk ke dalam bilik tersebut dan mengalihkan kain tersebut daripada muka anak kecil ini.

Apa yang merisaukan, jika tiada sesiapa yang bertindak pantas mengalihkan kain tersebut, besar kemungkinan anak ini akan kehilangan nyawa akibat lemas.

Jadi, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, apatah lagi jika anak anda baru mula pandai bergerak aktif, perkara ini perlu diberi perhatian khusus setiap masa.

@wagyukubb

#เตือนภัย ไม่ควรนำของเล่น หมอน หรือผ้าห่ม วางไว้ในที่นอนลูกมากเกินไป เพราะของพวกนี้อาจจะไปทับตัวลูกน้อย ทำให้หายใจไม่สะดวก ซึ่งอาจจะเกิดอันตรายต่อลูกได้ #sids

♬ เสียงต้นฉบับ – Wagyu ลูกวัวน้อย – Wagyu บักงัวน้อย

Keselamatan selimut bayi adalah perlu

Dalam satu petikan daripada Hello Doktor, ibu bapa dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli selimut yang berat dan dan saiznya lebih berat dan besar daripada bayi. Ini boleh menyumbang kepada SIDS – Sudden Death Infant Syndrome.

Pemilihan selimut bayi yang tepat mampu mengurangkan risiko bayi daripada mendapat SIDS. Ianya penting untuk memastikan agar selimut yang dipilih tidak melemaskan bayi, tidak membelitkan tubuh badan bayi serta tidak memberikan kehangatan yang melampau akibat kekurangan aliran udara dalam selimut.

Bilakah bayi anda boleh menggunakan bantal untuk ketika tidur?

Dalam satu petikan daripada Hello Doktor mengatakan bahawa, bayi tidak memerlukan bantal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Tidak seperti individu dewasa, kita memerlukan bantal untuk merehatkan kepala. Bantal yang bagus adalah bantal yang memberi sokongan kepada leher agar badan berasa lebih relaks ketika tidur. Namun begitu, bantal sebenarnya adalah berbahaya bagi seorang bayi.

Pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehingga mereka mencecah usia 18 bulan.

BACA: Tiket Bas Balik Raya Laris Bak Pisang Goreng Panas

Sumber: Wagyukubb, Hellodoktor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang