Siakap Keli
Gambar: @baskoro_wicaksono

Pilu, Lelaki Tabah Nikahi Isteri Terlantar Sakit Di Hospital Sebelum Meninggal Dunia

Setiap orang pastinya mengimpikan untuk hidup bahagia bersama pasangan masing-masing untuk selamanya, tetapi kadang kala takdir Allah SWT mengatakan sebaliknya dan kita perlu tabah menerimanya.

Walaupun perit untuk ditempuhi, namun hidup tetap harus diteruskan kerana di setiap ujian pasti akan ada hikmahnya.

Mungkin itulah yang dirasai oleh lelaki dari Indonesia ini yang terpaksa menghadapi pemergian isteri yang baru dinikahinya.

Terlantar di hospital

Tambah mengharukan, lelaki tersebut memutuskan untuk menikahi isterinya yang sedang terlantar di hospital.

Detik-detik ketika mereka bernikah itu telah dimuatnaik olehnya di TikTok, semalam.

“Sampai jumpa dikeabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,” kata Baskoro menerusi kapsyen video itu.

@baskoro_wicaksono

Sampai jumpa dikeabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi

♬ Akad – Payung Teduh

Tak seperti akad nikah yang biasanya dilakukan di masjid atau kediaman mempelai wanita, mereka melangsungkan akad nikah itu di hospital.

Ketika proses akad nikah, isterinya yang dikenali sebagai Anggun dilihat terbaring lemah di atas katil. Akad nikah itu dihadiri oleh beberapa orang ahli keluarga terdekat.

Setelah akad nikah selesai, Baskoro mendekati isterinya dan mencium dahinya.

Namun kebahagiaan pasangan ini tidak berlangsung lama apabila Anggun telah kembali ke pangkuan Sang Pencipta beberapa hari selepas menikah.

Hidap penyakit lupus

Difahamkan, isterinya itu meninggal dunia akibat pendarahan gastrik, lapor Rancah Post.

“Anggun lumpuh selepas sebulan disahkan menghidap lupus dan sebelum meninggal dunia, berlaku pendarahan gastrik yang membuatkan hemoglobinnya turun secara drastik,” kata Baskoro.

@baskoro_wicaksono

Selamat jalan, semoga kita bertemu di tempat ternyaman. Narasi oleh @pikiranfajar

♬ Hati-Hati di Jalan – Tulus

Difahamkan, pasangan itu telah merancang untuk berkahwin pada bulan Julai nanti.

Pun begitu, kerana keadaan Anggun dilihat semakin memburuk, Baskoro memutuskan untuk berkahwin dengan segera.

Sehingga kini, videonya itu telah ditonton sebanyak 12.1 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan terharu melihat kisah cinta pasangan itu.

Level tertinggi dalam mencintai, adalah mengikhlaskannya pergi menuju keabadian. Masnya hebat. Masnya hebat. masnya hebat!”, kata seorang netizen.

Sumber: Bascoro_wicaksono, Rancah Post

Sofea

There's always another side to every story