Siakap Keli
penjual india
Gambar via TikTok

Melawan Stigma, Peniaga ‘Street Food’ Bersih & ‘Handsome’ Di India Tular

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan satu video penjual makanan yang berwajah tampan dan bersih di negara India.

Penjaja makanan di negara India sering dianggap kurang pembersih kerana video-video yang berlegar di media sosial menunjukkan cara mereka menyediakan makanan yang terlihat kurang beretika dan memualkan.

Malah ada sesetengah dari mereka menyediakan makanan menggunakan tangan kosong serta menggunakan semula pinggan yang tidak dibasuh dengan bersih.

Namun lain pula ceritanya dengan penjaja makanan di negara sama yang tular melalui sebuah video di TikTok sejak kebelakangan ini.

Video yang diunggah pengguna TikTok yang dikenali sebagai Arev ini telah meraih perhatian warganet dan telah ditonton sebanyak 9.4 juta kali di laman sosial berkenaan setakat ini.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki penjual makanan dipercayai sebagai Bhalla Papdi Chaat, salah satu makanan jalanan popular di India mengenakan sarung tangan plastik ketika menyediakan pesanan pelanggan.

Lelaki itu dilihat mengambil bahan-bahan utama beralas sarung tangan dan diletakkan di atas pinggan pakai buang.

Selepas itu, dia meletakkan kuah dan menabur bahan tertentu sebagai pelengkap dengan menggunakan senduk yang bersih.

Bhalla Papdi Chaat yang disediakan penjual itu kelihatan sangat menyelerakan dan disajikan menggunakan sudu dan garfu plastik pakai buang.

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-ratanya memuji sikap penjual itu yang sangat pembersih dan menjaga kualiti makanan yang disajikan untuk para pelanggannya.

penjual india

@a.rev

#kuliner #india

♬ Wait a minute duckhead edit – Duckhead Dj Kasur

Sumber: Suara

Eyla Azri