Siakap Keli

Jemaah Haji B40 Dikenakan Bayaran Haji RM 10,980 Tahun Ini, Naik RM 1,000 Berbanding 2019

KUALA LUMPUR – Tabung Haji dijangka berbelanja lebih RM150 juta untuk bantuan kewangan haji bagi tahun 2022.

Memetik ringkas daripada Bernama, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Dato’ Sri Amrin memaklumkan bahawa jemaah haji Muassasah kategori B40 dikenakan bayaran RM10,980 seorang. Hal ini menunjukkan peningkatan RM1,000 berbanding bayaran haji pada 2019.

 

 

Manakala, bagi jemaah Muassasah kategori bukan B40 dikenakan bayaran RM12,980 seorang.

“Kenaikan bayaran haji berikutan beberapa kos termasuk inflasi, VAT, caj visa haji dan perlindungan insurans COVID-19 yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi,” ujarnya dalam satu sidang media hari ini.

Bagaimanapun, pihak TH masih memberi Bantuan Kewangan secara bersasar walaupun terdapat kenaikan pada Bayaran Haji mereka.

Bagi jemaah haji B40, TH memberi bantuan sebabanyak RM 14,560 atau 57 peratus. Manakala bagi jemaah haji bukan B40 pula, TH memberi bantuan RM 12,560 atau 49 peratus bantuan.

Tabung haji juga merancang untuk mengeluarkan surat tawaran seawal Isnin ini bagi Haji 2022.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama

Baca juga: Lupa Bawa Duit Sampai Depan Kaunter, Nasib Boleh Bayar Guna App Ni Je

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang