Siakap Keli

“Aku Kata Dah, Mulut Aku Masin,” Abang Ni Teruja ‘Teruk’, Berjaya Pancing Siakap 12 Kg

Tidak dinafikan ‘tiang’ bawah Jambatan Pulau Pinang menjadi lokasi yang sudah sinonim dalam kalangan ‘kaki pancing’ dari seluruh negara sejak bertahun-tahun lamanya. Bahkan lokasi ini dikatakan menjadi antara ‘port’ yang paling berbisa dalam kalangan ‘otai joran’.

Lokasi ini sememangnya menjadi tempat tumpuan pemacing kerana ia dikatakan lokasi paling santai dan strategik untuk mendapatkan ikan-ikan paling ‘lumayan’.

Seperti rakaman video daripada pemilik TikTok, Dadyy Jojo Angler ini menunjukkan kehebatan mereka menangkap seekor ikan Siakap seberat 11.6kg di bawah jambatan tersebut.

Difahamkan, selain ikan Siakap yang besar ini, sekumpulan pemancing ini juga berjaya menangkap ikan jenahak, kerapu dan beberapa jenis ikan lagi.

Menerusi video tersebut, apa yang menarik perhatian warganet adalah suara keterujaan ‘abang pancing’ ini yang terlalu gembira mendapat habuan sebesar itu.

“Aku dah kata, Ya Allah, mulut aku masin, mulut masin wey…”

Katanya, empat kali mereka berlawan dengan ikan tersebut kerana ia menyembunyikan dirinya di bawah tiang tersebut hingga menyukarkan untuk mereka menarik rod joran. Hampir setengah jam bertarung, akhirnya sekumpulan pemancing ini berjaya menaikkan seekor ikan Siakap berat hampir 12 kilogram.

@daddyjojoangler

Reply to @haaziqqq_ #penangkini #siakap #LiveForTheChallenge #berandatiktok #beranda #xyzbca #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚ #fyp #fypdongggggggg #mancingmania #mancing #kakipancing #jambatanpulaupinang #gengjambatan🌉

♬ original sound – DaddyJojoAngler🎣🐟 CEOikan🐂 – DaddyJojoAngler🎣🐟 CEOikan🐂

Mungkin inilah kenapa kaki pancing sanggup menunggu di depan joran berjam-jam lamanya kerana perasaan umpan disentap ikan dan mendapat hasil yang sangat lumayan memang tidak dapat dibayangkan. Bahkan, ada juga pemancing yang sanggup bermalam di lokasi memancing, misalnya di bawah Jambatan Pulau Pinang semata-mata untuk mendapat tangkapan yang besar dan berbaloi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata terhibur dengan ‘keterujaan’ lelaki ini yang berjaya mendapat habuan yang dikatakan menjadi kepuasan buat para pemancing.

@daddyjojoangler

Alhamdulillah rezeki untuk mak mertua🤲#gengjambatan🌉 #jambatanpulaupinang #mancing #kakipancing #fypdongggggggg #mancingmania #LiveForTheChallenge #fyp #fypシ゚ #fypage #fypシ゚viral #xyzbca #cencaru #beranda #berandatiktok #kerapu #jenahak #siakap#penangkini

♬ Angel Baby – sadvibes🥀

BACA: Restoran Di Australia Ini Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM 17,000 Sebulan

Sumber: Daddyjojoangler

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang