Siakap Keli

Apa Tugas Peguam Pemerhati? Ini Yang Anda Perlu Tahu ‘Boleh & Tak Boleh’ Peguam Pemerhati Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu ada Peguam Pemerhati dalam sesetengah kes jenayah kan? Pada asalnya seperti yang kita ketahui jika ia melibatkan kes jenayah, yang terlibat dalam perbicaraan adalah Hakim, Peguam mewakili suspek dan Pendakwaraya dari pihak kerajaan yang mewakili mangsa.

Baru-baru ini, kita mendengar mengenai pelantikan Peguam Pemerhati bagi mewakili seorang mangsa berstatus orang kelainan upaya (OKU) dalam satu kes yang menjadi tumpuan seluruh negara. Namun, apa sebenarnya tugas Peguam Pemerhati ini? Jadi kali ini SK ingin berkongsi info menarik mengenai tugas-tugas Peguam Pemerhati daripada salah seorang peguam yang cukup terkenal di laman Facebook iaitu, Mufarwa Farid.

Difahamkan, untuk menjadi peguam Pemerhati ini bukanlah calang-calang orang, mereka mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan kes-kes di Mahkamah Tinggi.

Tugas Peguam Pemerhati

Menurut penjelasan peguam ini, tugas peguam pemerhati adalah untuk mmeberikan cadangan kepada Pendakwa Raya tentang strategi untuk menyoal saksi.

Selain itu, mereka ini ditugaskan untuk melaporkan perjalanan dan dapatan kes kepada klien ataupun mangsa.

Peguam Pemerhati tidak boleh:

Sebagai seorang Peguam Pemerhati,  mereka ini tidak boleh bertanya soalan kepada saksi atau membantah apa-apa sahaja tindakan daripada Peguam Tertuduh.

Selain itu, mereka ini tidak boleh membuat apa-apa hujahan atau berlawan hujah dengan Peguam Tertuduh.

Hal ini demikian kerana semua tugas tersebut hanya boleh dilakukan oleh Pendakwa Raya sahaja.

Untuk anda lebih faham tentang ‘dunia’ mahkamah ini, jika dalam kes jenayah hanya melibatkan Pendakwa Raya ‘lawan’ Peguam. Sebaliknya, jika dalam kes biasa yang tidak melibatkan kes jenayah, yang terlibat hanyalah peguam sahaja.

Akan tetapi anda perlu tahu, jika berada dalam kes biasa, tidak ada Pendakwa Raya, Peguam Pemerhati ‘lawan’ Peguam.

Menjengah ke ruangan komen, beliau turut menjawab pertanyaan seorang pengikutnya mengenai pemilihan pihak Pendakwaraya. Menurutnya, Pendakwaraya hanya boleh dipilih oleh pihak kerajaan sahaja.

Sumber: Mufarwa Farid

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang